Saturday, May 9, 2015

HUBUNGKAIT MARKAH MERIT DAN TAWARAN

Tujuan saya membuat contoh pengiraan dan hubungkait dengan tawaran yang diterima adalah untuk memberi contoh kepada semua pelajar, berapakah merit yang anda perlukan untuk mendapat tempat sekurang-kurangnya di matrik..berapa pula merit untuk mendapat tempat di IPTA. Saya tidak tahu secara jelas mengenai penentuan markah bagi kokurikulum..jadi saya hanya agak berdasarkan pengetahuan saya mengenai murid yang terlibat...pengiraan yang dibuat adalah berdasarkan maklumat yang saya tunjukkan dalam post yang lalu..dan pengiraan ini tidak boleh dibuat rujukan. Hanya untuk memberi kesedaran tentang kepentingan merit yang selama ini hanya diketahui oleh pelajar setelah mendapat keputusan SPM

Pelajar A





PELAJAR B




PELAJAR C




PELAJAR D





PELAJAR E
























































Thursday, May 7, 2015

CARA KIRA MERIT SPM

cara kira merit mengikut sumber yang saya perolehi dari http://www.bumigemilang.com/cara-pengiraan-merit-untuk-kemasukan-ke-ipta-selepas-spm/




contoh pengiraan merit bagi murid yang mengambil aliran sains





APA SEBENARNYA PERJUANGAN PELAJAR SPM???

      Setiap pelajar yang menduduki SPM pasti mengimpikan untuk mendapat straight A's kan..kalau ambil 10 subjek mesti nak 10A..kalau ambil 9 subjek mesti nak dapat 9A..kalau nak lagi hebat 10A+..9A+..kan..tapi pelajar harus mengukur baju dibadan sendiri...akibat tidak mempunyai matlamat yang jelas..pelajar terus hilang fokus! menjadi pelajar yang mendapat 10A+ bukan mustahil..tetapi memerlukan usaha,pengorbanan yang tinggi! kalau diukur usaha pelajar saya mengikut pemerhatian saya..sangat jauhhhhh...saya berkata benar supaya semua sedar..kalau kerja rumah pun tak siap..ulangkaji tak buat..masa ulangkaji dalam kelas pun sangkut...anda saaaaaaaangat jauh dari ciri-ciri pelajar yang elit..jadi mengapa perlu berangan-angan...akhirnya tidak kemana..

MENGAPA SAYA MENDUDUKI SPM???

   Ramai tidak jelas mengapa mereka menduduki SPM..mungkin kerana kerajaan dah set kan umur 17 tahun kene ambil SPM..so kene la ambilkan..tapi anda tak tahu mengapa ambil SPM..yang anda tahu masa tingkatan 5 kena work hard sebab SPM...tu yang habis je SPM berjimba..
   Sebenarnya SPM adalah satu ujian kelayakan bagi setiap pelajar untuk mengikuti pengajian di universiti, pelajar perlu jelas bahawa keputusan SPM akan menetukan course apa yang anda layak di universiti nanti.

APA YANG TIDAK BETUL???
   
     Kebanyakan pelajar hari ini, mereka fokus untuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan tiada idea apa yang mereka mahu apply di universiti,. Apa yang mereka lakukan adalah hanya belajar bersungguh-sungguh,tunggu keputusan keluar dan apply UPU mengikut keputusan mereka.. Kesan daripada itu.Apabila keluar keputusan UPU baru la mereka sedar keputusan SPM mereka tidak melayakkan mereka mendapat course yang baik. Pada saat itu lah mereka rasa seperti tidak berbaloi berusaha semasa SPM.

TUKAR! TUKAR! TUKAR! BUAT TINDAKAN YANG BETUL!

  Apa yang sepatutnya ditukar bukan berapa A yang pelajar perlu dapat dalam SPM tetapi berapa merit yang pelajar perlu dapat untuk masuk course yang kritikal di universiti! Pelajar perlu ambil tahu apa yang course yang mereka serius untuk ambil di universiti nanti..tinggalkan kepercayaan lapuk bahawa mesti dapat sebanyak mungkin A! taanmkan dalam diri berapa merit yang terbaik untuk bersaing mendapatkancourse tebaik di universiti!

MENGAPA SAYA PERLU FOKUS KEPADA COURSE YANG PENTING BUKAN BERAPA A DALAM SPM???

Course yang baik menentukan peluang kerja yang baik! Ibu bapa kita membelanjakan wang untuk pendidikan kita adalah kerana mereka mahukan kita mendapat pekerjaan yang terbaik yang menjanjikan ganjaran yang banyak! Jadi tujuan kita belajar adalah KERJA!  bukan keputusan peperiksaan. Keputusan peperiksaan hanyalah indicator bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa anak mereka ada peluang atau tidak untuk bekerja dalam bidang yang menjanjikan gaji yang lumayan. Untuk mendapatkan kerja yang baik mesti dapat course yang baik..pelajar yang ambil course farmasi..nanti kerja jadi farmacist..pelajar ambil course engineering nanti kerja jadi engineer..KESIMPULANNYA COURSE ITU MENENTUKAN KERJA APA YANG PELAJAR AKAN CEBURI NANTI! DAN KERJALAH FINAL DESTINATIONNYA!

Apa perjuangan pelajar SPM sebenarnya?? jawapannya adalah COURSE di universiti! kerana COURSE menentukan KERJA!

BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKAN COURSE YANG TERBAIK?? PASTINYA MERIT YANG CANTIK!

CARA KIRA MERIT

>>>>setiap penulisan adalah menurut pendapat peribadi....


Tuesday, April 7, 2015

Ciri-ciri pelajar yang mempunyai potensi untuk berjaya

BERSIFAT TERBUKA
Selalunya pelajar begini, mereka tidak ada gap dengan cikgu, mereka tidak takut untuk bertanya dan lebih bagus lagi mereka tak malu dipandang tidak pandai. Apabila disuruh buat di depan mereka buat dengan selamba je..tak takut pun apa yang mereka buat itu salah..

TIDAK TAKUT SALAH
Kebanyakan pelajar suka menyembunyikan kesalahan mereka, mungkin takut kene marah. Jadi mereka ambil jalan pintas untuk tiru sahaja kawan semasa membuat latihan.  Pelajar yang tidak takut salah adalah pelajar yang bijak.. Perumpamaan pelajar yang takut salah dan tidak takut salah..pelajar yang takut salah adalah ibarat budak yang sedang membawa basikal yang beroda 4.. Sentiasa ada bantuan...pelajar yang tak takut salah ibarat budak bawak basikal 2 tayar..memang budak yang bawa basikal 2 tayar ada kebarangkalian untuk jatuh..jatuh..jatuh...jatuh...dan jatuh lagi..tapi setiap kali die jatuh..dia akan belajar...dan akhirnya dia boleh bawak basikal dengan laju..tapi apa yang jadi dengan budak yang bawak basikal 4 tayar..selagi dia takut jatuh selagi itu dia bergantung dengan basikal empat tayar..tetapi..realitinya masa peperiksaan semua orang wajib bawa basikal 2 tayar..jadi apa agaknya yang terjadi kepada budak yang bawak basikal 4 tayar????

PENAKUT
Pelajar yang berpotensi untuk berjaya, mereka sentiasa ada perasaan takut..bukan takut periksa..mereka takut mereka tidak tahu..mereka sentiasa takut mereka ketinggalan...mereka takut tak sempat habiskan semua latihan sebelum SPM..merek takut mereka dapat markah sikit..mereka takut mereka belum bersedia..mereka takut mereka sakitkan hati cikgu..nanti ilmu tak berkat...mereka cemas SPM dah dekat..mereka takut nak berfoya-foya nanti takut menyesal lepas jawab SPM..mereka takut mereka tak belajar...apa yang manusia buat apabila mereka takut??? Mereka akan sentiasa beringat dan berhati-hati..sentiasa bersedia..dan sibuk membuat persiapan untuk menghadapi ketakutan...kalau anda mempunyai perasaan yang sama seperti yang saya sebutkan...bermakna itu simtom-simtom anda ingin berjaya.

SENTIASA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PENCAPAIANNYA
Kalau dapat lulus pun dah bangga..bermakna anda mempunyai masalah. Orang yang nak berjaya tidak pernah berpuas hati dengan pencapaiannya sendiri..sentiasa nak lebih..lebih dan lebih..kalau dapat B, xpuas hati..nak A dah dapat A nak 100 pulak.

Sunday, March 8, 2015

Pasca Keputusan SPM 2014

3 Mac yang lalu, keputusan SPM bagi tahun 2014 telah diumumkan. Bagi subjek Matematik, majoriti pelajar kami bermula dengan Gred C dan ke bawah. Alhamdulillah... Gembira melihat slip keputusan mereka!

Keputusan Matematik Tambahan juga mungujakan kami. Kejayaan bukan diukur dengan huruf 'A', tetapi sejauh mana mereka telah melangkah dari garis permulaan. Majoriti mendaftar dengan gred yang sangat rendah. Kami tidak pernah peduli perkara yang lalu. Ada keinginan dan kemahuan yang tinggi + rajin, gred itu pasti bertukar! InsyaAllah...

Mereka buktikan! Tak pernah lulus add math dari form 4. Trial SPM baru nak merasa lulus dan Alhamdulillah SPM dapat B+!

Man Jadda Wa Jadaa...


TESTIMONI PELAJAR SPM 2014
(MATEMATIK TAMBAHAN)

BIL  NAMA SEKOLAH KEPUTUSAN SEBELUM KEPUTUSAN SPM 2014
1 NUR AMEERA AKMAR SHAMS 45 D           B+
2 NURIN SYAHIRAH SMK KGV 40 E           C+
3 WAN NUR SOFIA SHAMS 42 E           C+
4 SITI MARYAM SMT TUANKU JAAFAR 45 D           A-
5 NURUL FARHANAH SHAMS 51 C           A
6 DINI HUSSAYNI SHAMS 65 B           B+
7 MOHD FITRI SMK KGV 40 D           B
8 NUR IZZATI SMK KGV 65 B           B+
9 NURHUSNA SHAMS 59 C           A-
10 NAWAL SHAFIKAH SMK SBN JAYA 2 50 C           B
11 AIMIE SYAHIRA SMK KGV 38 G           B
12 RABIATUL ADAWIYAH SHAMS 48 D           B
13 MOHAMAD TAUFIQ ACS 9 G           C+
14 SITI KHADIJAH SHAMS 23 G           B
15 MUHAMMAD ANIQ HAZIQ SMK SEREMBAN 2 18 G           B+
16 MUHAMMAD IRFAN SMK KGV 30 G           B


TESTIMONI PELAJAR SPM 2014 (MATEMATIK)
BIL  NAMA SEKOLAH KEPUTUSAN SEBELUM KEPUTUSAN SPM 2014
1 MOHD EZWA SMK SERI PAGI 46 D           A
2 MUHAMMAD HAZMI SMK SERI PAGI 42 E           A
3 SITI NUR SYAHIRA SMK KGV 32 G           A-
4 SITI MARYAM SMT TUANKU JAAFAR 77 A-           A+
5 MOHAMAD TAUFIQ ACS 37 G           A
6 RABIATUL ADAWIYAH SHAMS 46 D           A
7 SITI KHADIJAH SHAMS 49 D           A
8 WAN AZMEERA SMT TUANKU JAAFAR 51 C           A-
9 NAWAL SHAFIKAH SMK SBN JAYA 2 84 A-           A
10 MUHAMMAD ANIQ HAZIQ SMK SEREMBAN 2 44 E           A
11 MOHD FITRI SMK KGV 53 C           A
12 NURIN SYAHIRAH SMK KGV 45 D           A
13 NASRUDDIN SMK PENDETA ZAABA 35 G           A
14 PUTERI IZRINA SMT TUANKU JAAFAR 44 E           A
15 MUHAMMAD IRFAN SMK KGV 32 G           A
16 SYAFIQ FAREEZ EMIRUL SMK SEREMBAN 2 46 D           A