KENALI CIKGU HAFIZ DAN CIKGU AINI


CIKGU HAFIZ

               Assalamualaikum. saya cikgu Hafiz. Orang jolobak Jolobu. Anak pertama dari 5 orang adik-beradik. SMKA Pedas ialah ex-sekolah saya. Batch SPM 2003. Di sini jugalah saya 'berjumpa' cikgu Aini. Mintak maaf awal-awal pada cikgu Suzilah Sobi sebab saya menulis ni memang tak ikut nahu Bahasa Melayu yang betul. Sebab nanti boring pulak... Saya menyambung pelajaran di Universiti Tenaga Nasional [UNITEN] dalam course Bachelor of Civil Engineering. 90k yuran pengajian saya. Saya tak masuk matriks sebab taknak hari-hari pakai baju kemeja macam budak sekolah. Saya tak masuk Pusat Asasi Sains Universiti Malaya [PASUM] Nilam Puri, Kelantan sebab nak belajar di kawasan town sahaja. 'Kuat' kan reasons saya! Jadi, 5 tahunlah saya di UNITEN. Setahun foundation dan lagi 4 tahun degree . Alhamdulillah, saya grade pada tahun 2009 dan terbang ke Labuan untuk pekerjaan pertama saya sebagai Assistant Project Engineer pada tanggal 09/09/09. Setahun di Labuan, saya bekerja pula di Cheras sebagai Site Engineer selama 6 bulan dan selepas itu title saya ialah Full Time Tutor!

               Sejak belajar di UNITEN lagi, saya telah mengajar sepupu-sepupu saya dalam subjek matematik. Saya memang minat mengajar tetapi tidak mahu menjadi guru sekolah kerana banyak komitmen lain di luar bilik darjah. Sebab itu saya lebih berminat menjadi seorang tutor kerana saya inginkan hidup yang 'bebas'. Di TeraEdu, saya mengajar subjek math dan add math. Dua subjek ini selain daripada subjek physics ialah makanan student engineering. Jadi, cara saya mengajar subjek ini tidak akan sama dengan guru di sekolah kerana saya menggunakan bahasa manusia, bukan bahasa buku. In fact, saya tak gunakan apa-apa buku rujukan semasa mengajar. Sebagai seorang full time tutor, saya mempunyai banyak masa untuk menambahbaik dan memikirkan cara untuk memastikan pelajar faham sesuatu konsep matematik dengan cara yang lebih mudah. Sebab itu pelajar yang matematiknya tak pernah lulus pun boleh dapat A dalam SPM! Mereka hanya tak faham konsep. Terangkan guna buku. Lagilah tak faham! Mereka manusia. Saya pun manusia. So terangkan guna bahasa manusialah baru senang nak faham!

Jangan pernah takut untuk bertanya jika tak tahu sebab memang itulah tujuannya belajar. Menukar yang tak tahu menjadi tahu. Kalau dah tahu tak perlulah belajar. Jumpa di tera edu!






CIKGU AINI

              Assalamualaikum, nama saya Nurul Aini binti Ruhaiza, berasal dari Rantau, Negeri Sembilan. Sebelum saya berkecimpung dalam arena tutor ni, saya adalah seorang engineer di sebuah syarikat Jepun. Semasa saya sedang menunggu panggilan dari pada universiti, saya menjadi guru sandaran di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru,Port Dickson. Walaupun saya tidak mengajar subjek yang saya ajar sekarang, namun saya dapat pengalaman bersama murid-murid. 
          
            Semasa saya di universiti dulu, saya juga menjadi pengajar kepada kawan-kawan saya.Antara kenangan yang saya tidak boleh lupa, kawan saya datang kepada saya pagi sebelum peperiksaan, dan belajar dari saya, bila keluar keputusan, dia dapat A saya dapat B+! ohhhhh tidakkkk..nak tahu kenapa??? Saya membuat kesilapan dengan tidak menukar mode calculator kepada RAD! Ya careless adalah antara musuh saya.Oleh sebab itulah. saya mencipta Teknologi Anti Careless untuk pelajar-pelajar di TerAedu. maka beruntunglah pelajar saya!

            Oh ya! saya adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan  Mekanikal di Universiti Tun Hussein Onn.  Bagi saya tugas saya sebagai tutor bukanlah setakat mengajar, tetapi menjadi inspirasi kepada pelajar. Saya ingin lahirkan seramai mungkin engineer, doktor, farmacist usahawan dan pekerja berprofil tinggi yang lain. Itulah yang saya impikan, kerana jika saya menjadi jurutera, saya hanya menguntungkan syarikat saya, tapi jika saya menjadi tutor, saya boleh lahirkan ramai anak-anak bangsa saya yang berjaya.so lagi ramai yang untung! Semoga menjadi saham saya di akhirat..Aminn..

       Addmath adalah kepakaran saya dan saya juga adalah penganalisis soalan SPM, dan percubaan SPM. Itulah kelebihan yang anak murid saya dapat apabila belajar dengan saya. Saya juga mengajar fizik, walaupun saya masih belum pakar dalam fizik, saya mempunyai konsep pembelajaran yang lain dari lain iaitu Saya bukan mengajar fizik tapi saya ajar cara belajar fizik.Kerana mengikut pemerhatian saya, pelajar tidak suka fizik kerana fizik perlu menghafal, sedangkan fizik adalah pelajaran yang melibatkan kehidupan seharian. Fizik memang menyeronokkan! Dan saya nampak hasilnya. Pelajar saya sudah minat kepada Fizik! itulah permulaan bagi sebuah kejayaan. kalau kita tak minat, kita susah nak faham. Samalah kita kena paksa makan makanan yang kita tak minat, mesti kita susah nak habiskan.

       Tak sabar untuk berkenalan dengan bakal-bakal murid saya! Jumpa di terAedu!

1 comment: