Tuesday, April 7, 2015

Ciri-ciri pelajar yang mempunyai potensi untuk berjaya

BERSIFAT TERBUKA
Selalunya pelajar begini, mereka tidak ada gap dengan cikgu, mereka tidak takut untuk bertanya dan lebih bagus lagi mereka tak malu dipandang tidak pandai. Apabila disuruh buat di depan mereka buat dengan selamba je..tak takut pun apa yang mereka buat itu salah..

TIDAK TAKUT SALAH
Kebanyakan pelajar suka menyembunyikan kesalahan mereka, mungkin takut kene marah. Jadi mereka ambil jalan pintas untuk tiru sahaja kawan semasa membuat latihan.  Pelajar yang tidak takut salah adalah pelajar yang bijak.. Perumpamaan pelajar yang takut salah dan tidak takut salah..pelajar yang takut salah adalah ibarat budak yang sedang membawa basikal yang beroda 4.. Sentiasa ada bantuan...pelajar yang tak takut salah ibarat budak bawak basikal 2 tayar..memang budak yang bawa basikal 2 tayar ada kebarangkalian untuk jatuh..jatuh..jatuh...jatuh...dan jatuh lagi..tapi setiap kali die jatuh..dia akan belajar...dan akhirnya dia boleh bawak basikal dengan laju..tapi apa yang jadi dengan budak yang bawak basikal 4 tayar..selagi dia takut jatuh selagi itu dia bergantung dengan basikal empat tayar..tetapi..realitinya masa peperiksaan semua orang wajib bawa basikal 2 tayar..jadi apa agaknya yang terjadi kepada budak yang bawak basikal 4 tayar????

PENAKUT
Pelajar yang berpotensi untuk berjaya, mereka sentiasa ada perasaan takut..bukan takut periksa..mereka takut mereka tidak tahu..mereka sentiasa takut mereka ketinggalan...mereka takut tak sempat habiskan semua latihan sebelum SPM..merek takut mereka dapat markah sikit..mereka takut mereka belum bersedia..mereka takut mereka sakitkan hati cikgu..nanti ilmu tak berkat...mereka cemas SPM dah dekat..mereka takut nak berfoya-foya nanti takut menyesal lepas jawab SPM..mereka takut mereka tak belajar...apa yang manusia buat apabila mereka takut??? Mereka akan sentiasa beringat dan berhati-hati..sentiasa bersedia..dan sibuk membuat persiapan untuk menghadapi ketakutan...kalau anda mempunyai perasaan yang sama seperti yang saya sebutkan...bermakna itu simtom-simtom anda ingin berjaya.

SENTIASA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PENCAPAIANNYA
Kalau dapat lulus pun dah bangga..bermakna anda mempunyai masalah. Orang yang nak berjaya tidak pernah berpuas hati dengan pencapaiannya sendiri..sentiasa nak lebih..lebih dan lebih..kalau dapat B, xpuas hati..nak A dah dapat A nak 100 pulak.