Thursday, October 30, 2014

ADDMATH dari 18/100 ke 75/100 ???

           Alhamdulillah, ini adalah antara pelajar yang berjaya membuat perubahan setelah tuisyen di terAedu. Markahnya semasa dia mula-mula jumpa saya adalah 18! kemudian semakin meningkat sehingga trialnya peroleh 75, A-. InsyaALLAH saya yakin pelajar ni boleh dapat A+ untuk SPM .Mungkin ada yang mempersoalkan A- je??? Ya addmath adalah berbeza dengan math cara pembelajaran juga berbeza, cara kami menilai kemajuan murid juga adalah berbeza. Kerana di luar sana golongan yang FAIL addmath adalah golongan MAJORITI! walaupun di sekolah berasrama penuh. Saya yakin tahun ini ada calon-calon yang akan peroleh A dalam ADDMATH.




   
          Keseluruhan pelajar saya membuat perubahan dalam addmath mereka, sebelum ini adalah fenomena biasa kalau tengok kertas jawapan mereka kosong, tapi sekarang sudah mula penuh. Sebelum ini kalau paper addmath je dah mengalah dah, tapi sekarang ADDMATH antara paper favourite mereka.

         Bagaimana saya menilai kejayaan murid saya, saya tidak akan terus lihat kepada markah keseluruhan, tapi saya akan lihat sejauh mana mereka kuasai bab yang saya ajar.Walaubagaimanapun saya bagi peluang untuk pembaca yang kenal anak murid saya, tanya mereka bab apa yang mereka boleh jawab dalam paper addmath? pasti mereka akan jawab, bab yang cikgu aini ajar je. Bukan saya ingin meninggi diri, tapi itulah yang berlaku. Dan inilah yang membuatkan saya rasa betul-betul bertanggungjawab kepada kejayaan mereka.

        Mengapa mereka betul-betul bergantung kepada saya? kerana teknik rahsia yang saya kongsikan kepada mereka membuatkan mereka rasa ADDMATH itu MUDAH. Saya ajarkan kepada mereka strategi menjawab, dan saya sentiasa beri mereka semangat untuk kuasai ADDMATH. Nak kuasai addmath mesti buat latihan banyak-banyak. Tapi kalau buat latihan banyak-banyak tanpa TEKNIK, sia-sia sahaja. Saya ada murid yang dah habiskan semua trial,pastyear,SBP, tapi tidak ada kesan pun, kerana buat latihan tanpa teknik(ada je murid yang taknak ikut cara saya).

       Mengapa perlu latihan dengan teknik, Macam Lee Chong Wei, beliau main badminton, beliau tahu pukul bola tangkis, saya pun tahu pukul bola tangkis! Tapi mengapa beliau boleh jadi juara dunia? Beliau ada teknik bermain dan beliau berlatih hari-hari setiap teknik yang beliau tahu.Kalau beliau berlatih pukul bola je hari-hari beliau tak akan jadi juara macam hari ini. Jadi pelajar perlukan teknik untuk kuasai addmath dan perlukan latihan untuk mahir setiap teknik-teknik yang diajar! Latihan boleh buat sendiri, teknik??? belajar dengan cikgu AINI la..

 
     


     

Wednesday, October 29, 2014

Kelas Matematik SPM yang Paling Berkesan di Seremban!

        Kelas matematik adalah dibawah kepakaran Cikgu Hafiz. Rekod keputusan pelajar pada tahun 2013, semua pelajar mendapat A dan hanya seorang mendapat A- (kerana berhenti selepas trial).Mengapa kami berani katakan bahawa kelas matematik terAedu adalah yang terbaik, ini kerana pelajar yang mendaftar dengan kami bukanlah pelajar sememangnya pandai matematik,

      Memang ada tuisyen lain yang menghasilkan pelajar A yang ramai, tapi harus diselidik, pelajarnya adakah sedia ada A semasa mendaftar dengan tuisyen itu. Sesetengah tuisyen yang ingin menjaga reputasi akan memilih pelajarnya. Contohnya pelajar B dan keatas sahaja di benarkan menyertai tuisyen, jadi memang mudah untuk mereka hasilkan pelajar A.

       Di terAedu, tiada apa-apa syarat untuk pelajar. Apa yang kami perlukan pelajar yang ada keinginan untuk belajar, tiada penyakit MALAS,patuh dan rajin datang tuisyen. Disini kami kongsikan pencapaian pelajar matematik SPM2014 setakat TRIAL SPM!



   Daripada gambar di atas pelajar yang gagal sudah boleh capai B+ semasa trial. Kami amat yakin SPM nanti mereka akan mencapai A dan A+! jika dilihat secara keseluruhan majoriti murid kami adalah dari golongan C dan kebawah. Ini membuktikan yang kami mempunyai kepakaran dalam mengajar MATEMATIK SPM!

APA LAGI! DAFTARLAH SEKARANG! PENDAFTARAN UNTUK SPM 2015 SUDAH DIBUKA!

Monday, October 27, 2014

KELAS ICU ???!!!

Kelas ICU (private)

      Macam bahaya je kan nama kelas ni, saya memulakan kerjaya sebagai tutor dengan mengajar secara private, dari rumah ke rumah. Sehingga ke hari ini sudah 4 tahun saya berpengalaman mengajar secara private.

     Tapi sekarang saya tidak lagi mengajar dari rumah ke rumah, ini bagi memaksimakan kesan pembelajaran,kerana rumah murid adalah comfort zone mereka, dimana mereka akan rasa lebih berkuasa, mereka boleh buat part time, sekejap pergi toilet, sekejap pergi dapur. Jika di rumah tutor, mereka akan menjadi lebih obey,dan terpaksa berkelakuan baik, kerana berada tidak di dalam comfort zone mereka.

     Apa itu kelas ICU? kelas ICU adalah nama glamor untuk kelas private one to one. Mengapa saya gelarkan kelas ini sebagai kelas icu, ini kerana pelajar akan mendapat perhatian yang rapi semasa proses pembelajaran. Boleh dikatakan kelas ini adalah kelas yang paling berkhasiat sekali bagi pelajar! dah macam susu dah..hehe..Pelajar boleh menggunakan peluang kelas ini untuk bertanya bermacam-macam soalan,walaupun tanya 10 kali soalan yang sama.

     Semasa kelas pertama, saya akan kenalpasti segala kekuatan dan kelemahan pelajar, dan saya akan tumpu kepada apa yang pelajar perlukan. Corak pembelajaran, bab yang diajar akan tertumpu kepada kekuatan murid dan mengikut kemampuan murid, saya tak akan ajar ikan untuk memanjat pokok! Oleh itu cara saya mengajar untuk setiap pelajar akan berbeza-beza.

     Mengapakah kelas ini diwujudkan? kelas ini diwujudkan untuk beberapa jenis pelajar.

1. PELAJAR ASRAMA

      Pelajar yang bersekolah asrama bergantung kepada kekuatan sendiri, kemungkinan akibat daripada kepenatan meguruskan diri sendiri, mereka kehilangan tumpuan di dalam kelas, seperti tertidur(saya dulu pun kuat tidur dalam kelas) jadi semasa cuti sekolah kelas ICU dibuka untuk memberi peluang kepada mereka untuk membuat ulangkaji, direct dengan cikgu. Jadi bila mereka pulang semula, mereka sudah ada bekalan dan boleh mengejar semula apa yang mereka tertinggal.


2. PELAJAR SANGAT LEMAH

    Pelajar yang lemah memang memerlukan kelas ICU, kerana pelajar ini jika menyertai kelas ramai, mereka akan berterusan ketinggalan, jadi di kelas ICU lah saya akan repair mereka, mereka ini ibarat kereta rosak yang sedang berlumba, saya akan repair mereka sehingga mereka sudah mampu bersaing dengan kereta-kereta lain dan saya akan lepaskan mereka untuk berlumba semula setelah mereka sudah mampu untuk berlumba.Namun jika mereka masih belum mampu bersaing saya akan sentiasa membimbing mereka sehingga  SPM

3. PELAJAR YANG INGIN UPGRADE

    Ada pelajar diluar sana yang dah habiskan semua buku depan mata mereka, tapi masih belum boleh skor. Mereka sebenarnya tidak ada skill menjawab soalan. Biasanya pelajar ini markah mereka lulus tapi tak dapat A, Jadi, semasa kelas ICU saya akan curahkan segala skill yang mereka perlu tahu,sama macam memasak,semua orang boleh memasak,tapi tidak semua boleh memasak dengan sedap,orang yang ada skill memasak akan hasilkan makanan yang sedap! Jadi skill lah yang akan membezakan mereka dengan pelajar lain. Biasanya kelas ini memang memberikan hasil yang memberangsangkan!

4. PELAJAR YANG NAK DUDUKI SPM LAGI SEBULAN/ LAST MINUTE PREPARATION

  Kelas ICU adalah pilihan yang terbaik untuk persediaan disaat-saat akhir bagi pelajar yang belum bersedia. Pelajar yang kami kenalpasti sebagai lemah, memang kami akan nasihatkan untuk mendaftar kelas ICU,kelas ICU ibarat mesin bantuan oksigen! setakat ini rekod kejayaan kelas ICU bagi pelajar fail adalah C+.Tapi perlukan 5 sesi ke atas.

5. FINAL TOUCH UP

  Final touch up bagi pelajar yang dah memang A untuk dapat A+.Pelajar macam ni dah berkilat dah, tapi saya akan gilap sampai jadi berkilau. Saya akan touch up mana yang kurang mahir, sehingga menjadi mahir.

6. ADVANCE

   Advance pula  untuk  pelajar yang sedang bercuti hujung tahun, kerana saya akan ajar mereka bab yang lebih advance, contohnya pelajar form 4, kami akan ajar bab form 5. Mengapa mereka perlu belajar lebih advance? kerana pelajar yang belajar advance akan lebih confidence semasa belajar kerana mereka sudah tahu. Sama seperti anak yang sudah tahu mengeja, mereka pasti cepat membaca!

Kelas ICU hanya dibuka ketika cuti sekolah, ataupun jika ada masa-masa kosong didalam jadual harian, Bagi yang berminat boleh hubungi kami! Kerana cuti sekolah semakin hampir!!!




 

 





   

Friday, October 24, 2014

Saya Bukan Cikgu Sekolah Saya TUTOR je...


     "Cikgu mengajar di mana?" itulah soalan pertama yang akan kami terima daripada ibu bapa. Dengan muka seposen, kami jawab "saya tak mengajar di sekolah, saya fulltime tutor, dulu kami engineer tapi kami lagi prefer mengajar".  Dengan harapan mereka mempercayai kebolehan kami.

   Mengapa saya digerakkan hati oleh Allah untuk memilih kerjaya tutor?? engineerkan lagi glamor..saya ditakdirkan untuk melengkapi sistem pembelajaran   sebenarnya. Apa sebenarnya peranan saya? 

         Di sekolah pelajar akan belajar mengikut silibus, namun pelajar tak biasa melihat bentuk soalan sehingga mereka dah dekat dengan SPM, bila mereka tidak biasa melihat soalan, maka berlakulah kejadian-kejadian tak diingini. Seperti termenung sambil menatap gambar najib di dinding dewan, tido, buat-buat jawab tapi tak tau jawab atau pun alasan klise, "saya bukan tak tau cikgu tapi saya blank." 

          Ada situasi yang anak murid dah habiskan dah semua buku latihan, tapi bila periksa, markah masih teruk, ini semua kerana pelajar tidak familiar dengan soalan. 

        Di sinilah tugas tutor, pertama sebagai tutor, kami mempunyai banyak masa untuk mengkaji bentuk soalan, memandangkan cikgu mempunyai tugas yang sangat berat sekarang, jadi kami mengambil tempat mereka untuk mengkaji soalan, kerana kami tidak perlu ke sekolah, tidak perlu menghadiri mesyuarat, kokurikulum, mengisi SAPS dan sebagainya.

         Kami hanya fokus kepada mengajar sahaja, kami tidak mempunyai apa-apa garis panduan, Kami bebas mengajar mengikut cara kami asalkan pelajar faham. Kami ada masa untuk mencari bahan-bahan menarik untuk pembelajaran, sehingga kami menemui pelbagai rahsia untuk membantu pelajar.

     Tutor mempunyai bonding dengan pelajar yang lebih kuat, memandangkan maksimum 16 pelajar dalam kelas, Kami boleh mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar. Kami boleh tahu personaliti mereka, dan boleh tahu kemampuan mereka. 

      Disebabkan kami mempunyai terlalu banyak masa berbanding guru sekolah, kami ada masa untuk menganalisis setiap keputusan pelajar dengan lebih mendalam, kami ada masa untuk kaji kertas peperiksaan mereka(biasanya kami minta selepas kertas mereka ditanda) untuk kenalpasti kelemahan mereka. Tak rasa ke kami macam personal trainer??? Oh ya, kami ada masa untuk layan soalan mereka selepas kelas juga! Bestnyeeeeee belajar di terAedu!

       Berlatarbelakangkan kejuruteraan, fizik,addmath dan math adalah makanan kami! setakat mengajar addmath, fizik, math SPM, kacang bona! Bak kata orang negeri sembilan. Macam kehidupan seharian, kalau nak belajar memasak belajar dari emak, nak belajar silat dengan guru silat, nak belajar melukis dengan pelukis, nak belajar addmath, fizik, math belajar dengan bekas engineer!

        Tutor mencari rezeki dengan mengajar. Kejayaan murid adalah penentu pendapatan kami,  kami tidak sama dengan guru sekolah ada gaji tetap setiap bulan, jadi adakah kami boleh sambil lewa untuk mengajar? Pastinya kami mesti memberikan servis yang terbaik. Ini lah jaminan untuk anda!

      Boleh dikatakan kami ibarat hospital swasta, sekolah ibarat hospital kerajaan. Kami tidak boleh menggantikan tempat guru-guru di sekolah, tapi kami berkongsi kepakaran kami untuk melengkapkan tugas yang mungkin mereka juga impikan jika mereka diberikan lebih masa. Apa yang penting matlamat kami sama, Melahirkan pelajar yang berjaya!


      

           "tidak ada cikgu yang tidak mahu melihat anak murid mereka berjaya"
     

Wednesday, October 22, 2014

CIKGU AINI


CIKGU AINI

              Assalamualaikum, nama saya Nurul Aini binti Ruhaiza, berasal dari Rantau, Negeri Sembilan. Sebelum saya berkecimpung dalam arena tutor ni, saya adalah seorang engineer di sebuah syarikat Jepun. Semasa saya sedang menunggu panggilan dari pada universiti, saya menjadi guru sandaran di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru,Port Dickson. Walaupun saya tidak mengajar subjek yang saya ajar sekarang, namun saya dapat pengalaman bersama murid-murid. 
          
            Semasa saya di universiti dulu, saya juga menjadi pengajar kepada kawan-kawan saya.Antara kenangan yang saya tidak boleh lupa, kawan saya datang kepada saya pagi sebelum peperiksaan, dan belajar dari saya, bila keluar keputusan, dia dapat A saya dapat B+! ohhhhh tidakkkk..nak tahu kenapa??? Saya membuat kesilapan dengan tidak menukar mode calculator kepada RAD! Ya careless adalah antara musuh saya semasa BELAJAR, Oleh sebab itulah. saya mencipta Teknologi Anti Careless untuk pelajar-pelajar di TerAedu. maka beruntunglah pelajar saya!

            Oh ya! saya adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan  Mekanikal di Universiti Tun Hussein Onn.  Bagi saya tugas saya sebagai tutor bukanlah setakat mengajar, tetapi menjadi inspirasi kepada pelajar. Saya ingin lahirkan seramai mungkin engineer, doktor, farmacist , usahawan dan pekerjaan berprofil tinggi yang lain. Itulah yang saya impikan, kerana jika saya menjadi jurutera, saya hanya menguntungkan syarikat saya, tapi jika saya menjadi tutor, saya boleh lahirkan ramai anak-anak bangsa saya yang berjaya.So lagi ramai yang untung! Semoga menjadi saham saya di akhirat..Aminn..

       Addmath adalah kepakaran saya dan saya juga adalah penganalisis soalan SPM, dan percubaan SPM. Itulah kelebihan yang anak murid saya dapat apabila belajar dengan saya. Saya juga mengajar fizik, walaupun saya masih belum pakar dalam fizik, saya mempunyai konsep pembelajaran yang lain dari lain iaitu Saya bukan mengajar fizik tapi saya ajar cara belajar fizik.Kerana mengikut pemerhatian saya, pelajar tidak suka fizik kerana fizik perlu menghafal, sedangkan fizik adalah pelajaran yang melibatkan kehidupan seharian. Fizik memang menyeronokkan! Dan saya nampak hasilnya. Pelajar saya sudah minat kepada Fizik! itulah permulaan bagi sebuah kejayaan. kalau kita tak minat, kita susah nak faham. Samalah kita kena paksa makan makanan yang kita tak minat, mesti kita susah nak habiskan.

       Tak sabar untuk berkenalan dengan bakal-bakal murid saya! Jumpa di terAedu!

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS SATU ADDMATH


           Biasanya setiap kali cuti persekolahan yang panjang, pasti kami akan adakan bengkel teknik         menjawab kertas soalan. Bengkel ini terbuka kepada pelajar terAedu , pelajar-pelajar Sekolah             Berasrama Penuh dan pelajar MRSM.

     Bagaimana kami mengekalkan kualiti bengkel ini??

  •  Bilangan pelajar maksimum 16 orang sahaja setiap sesi supaya dapat diberikan perhatian lebih kepada setiap pelajar
  • Bengkel dijalankan secara berturut-turut setiap hari agar murid mahir
  • Kami percaya apabila selalu jumpa dengan perkara yang sama, kita pasti akan ingat.
  • Komunikasi secara 2 hala.
  • Disinilah kami akan membuka rahsia menguasai ADDMATH           
 antara respond positif dari pelajar