Kelas ICU (private)
Macam bahaya je kan nama kelas ni, saya memulakan kerjaya sebagai tutor dengan mengajar secara private, dari rumah ke rumah. Sehingga ke hari ini sudah 4 tahun saya berpengalaman mengajar secara private.
Tapi sekarang saya tidak lagi mengajar dari rumah ke rumah, ini bagi memaksimakan kesan pembelajaran,kerana rumah murid adalah comfort zone mereka, dimana mereka akan rasa lebih berkuasa, mereka boleh buat part time, sekejap pergi toilet, sekejap pergi dapur. Jika di rumah tutor, mereka akan menjadi lebih obey,dan terpaksa berkelakuan baik, kerana berada tidak di dalam comfort zone mereka.
Apa itu kelas ICU? kelas ICU adalah nama glamor untuk kelas private one to one. Mengapa saya gelarkan kelas ini sebagai kelas icu, ini kerana pelajar akan mendapat perhatian yang rapi semasa proses pembelajaran. Boleh dikatakan kelas ini adalah kelas yang paling berkhasiat sekali bagi pelajar! dah macam susu dah..hehe..Pelajar boleh menggunakan peluang kelas ini untuk bertanya bermacam-macam soalan,walaupun tanya 10 kali soalan yang sama.
Semasa kelas pertama, saya akan kenalpasti segala kekuatan dan kelemahan pelajar, dan saya akan tumpu kepada apa yang pelajar perlukan. Corak pembelajaran, bab yang diajar akan tertumpu kepada kekuatan murid dan mengikut kemampuan murid, saya tak akan ajar ikan untuk memanjat pokok! Oleh itu cara saya mengajar untuk setiap pelajar akan berbeza-beza.
Mengapakah kelas ini diwujudkan? kelas ini diwujudkan untuk beberapa jenis pelajar.
1. PELAJAR ASRAMA
Pelajar yang bersekolah asrama bergantung kepada kekuatan sendiri, kemungkinan akibat daripada kepenatan meguruskan diri sendiri, mereka kehilangan tumpuan di dalam kelas, seperti tertidur(saya dulu pun kuat tidur dalam kelas) jadi semasa cuti sekolah kelas ICU dibuka untuk memberi peluang kepada mereka untuk membuat ulangkaji, direct dengan cikgu. Jadi bila mereka pulang semula, mereka sudah ada bekalan dan boleh mengejar semula apa yang mereka tertinggal.
2. PELAJAR SANGAT LEMAH
Pelajar yang lemah memang memerlukan kelas ICU, kerana pelajar ini jika menyertai kelas ramai, mereka akan berterusan ketinggalan, jadi di kelas ICU lah saya akan repair mereka, mereka ini ibarat kereta rosak yang sedang berlumba, saya akan repair mereka sehingga mereka sudah mampu bersaing dengan kereta-kereta lain dan saya akan lepaskan mereka untuk berlumba semula setelah mereka sudah mampu untuk berlumba.Namun jika mereka masih belum mampu bersaing saya akan sentiasa membimbing mereka sehingga SPM
3. PELAJAR YANG INGIN UPGRADE
Ada pelajar diluar sana yang dah habiskan semua buku depan mata mereka, tapi masih belum boleh skor. Mereka sebenarnya tidak ada skill menjawab soalan. Biasanya pelajar ini markah mereka lulus tapi tak dapat A, Jadi, semasa kelas ICU saya akan curahkan segala skill yang mereka perlu tahu,sama macam memasak,semua orang boleh memasak,tapi tidak semua boleh memasak dengan sedap,orang yang ada skill memasak akan hasilkan makanan yang sedap! Jadi skill lah yang akan membezakan mereka dengan pelajar lain. Biasanya kelas ini memang memberikan hasil yang memberangsangkan!
4. PELAJAR YANG NAK DUDUKI SPM LAGI SEBULAN/ LAST MINUTE PREPARATION
Kelas ICU adalah pilihan yang terbaik untuk persediaan disaat-saat akhir bagi pelajar yang belum bersedia. Pelajar yang kami kenalpasti sebagai lemah, memang kami akan nasihatkan untuk mendaftar kelas ICU,kelas ICU ibarat mesin bantuan oksigen! setakat ini rekod kejayaan kelas ICU bagi pelajar fail adalah C+.Tapi perlukan 5 sesi ke atas.
5. FINAL TOUCH UP
Final touch up bagi pelajar yang dah memang A untuk dapat A+.Pelajar macam ni dah berkilat dah, tapi saya akan gilap sampai jadi berkilau. Saya akan touch up mana yang kurang mahir, sehingga menjadi mahir.
6. ADVANCE
Advance pula untuk pelajar yang sedang bercuti hujung tahun, kerana saya akan ajar mereka bab yang lebih advance, contohnya pelajar form 4, kami akan ajar bab form 5. Mengapa mereka perlu belajar lebih advance? kerana pelajar yang belajar advance akan lebih confidence semasa belajar kerana mereka sudah tahu. Sama seperti anak yang sudah tahu mengeja, mereka pasti cepat membaca!
Kelas ICU hanya dibuka ketika cuti sekolah, ataupun jika ada masa-masa kosong didalam jadual harian, Bagi yang berminat boleh hubungi kami! Kerana cuti sekolah semakin hampir!!!
Awesome Blog, check Latest Sarkari Naukri 2017 City Wise
ReplyDelete