"Cikgu mengajar di mana?" itulah soalan pertama yang akan kami terima daripada ibu bapa. Dengan muka seposen, kami jawab "saya tak mengajar di sekolah, saya fulltime tutor, dulu kami engineer tapi kami lagi prefer mengajar". Dengan harapan mereka mempercayai kebolehan kami.
Mengapa saya digerakkan hati oleh Allah untuk memilih kerjaya tutor?? engineerkan lagi glamor..saya ditakdirkan untuk melengkapi sistem pembelajaran sebenarnya. Apa sebenarnya peranan saya?
Di sekolah pelajar akan belajar mengikut silibus, namun pelajar tak biasa melihat bentuk soalan sehingga mereka dah dekat dengan SPM, bila mereka tidak biasa melihat soalan, maka berlakulah kejadian-kejadian tak diingini. Seperti termenung sambil menatap gambar najib di dinding dewan, tido, buat-buat jawab tapi tak tau jawab atau pun alasan klise, "saya bukan tak tau cikgu tapi saya blank."
Ada situasi yang anak murid dah habiskan dah semua buku latihan, tapi bila periksa, markah masih teruk, ini semua kerana pelajar tidak familiar dengan soalan.
Di sinilah tugas tutor, pertama sebagai tutor, kami mempunyai banyak masa untuk mengkaji bentuk soalan, memandangkan cikgu mempunyai tugas yang sangat berat sekarang, jadi kami mengambil tempat mereka untuk mengkaji soalan, kerana kami tidak perlu ke sekolah, tidak perlu menghadiri mesyuarat, kokurikulum, mengisi SAPS dan sebagainya.
Kami hanya fokus kepada mengajar sahaja, kami tidak mempunyai apa-apa garis panduan, Kami bebas mengajar mengikut cara kami asalkan pelajar faham. Kami ada masa untuk mencari bahan-bahan menarik untuk pembelajaran, sehingga kami menemui pelbagai rahsia untuk membantu pelajar.
Tutor mempunyai bonding dengan pelajar yang lebih kuat, memandangkan maksimum 16 pelajar dalam kelas, Kami boleh mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar. Kami boleh tahu personaliti mereka, dan boleh tahu kemampuan mereka.
Disebabkan kami mempunyai terlalu banyak masa berbanding guru sekolah, kami ada masa untuk menganalisis setiap keputusan pelajar dengan lebih mendalam, kami ada masa untuk kaji kertas peperiksaan mereka(biasanya kami minta selepas kertas mereka ditanda) untuk kenalpasti kelemahan mereka. Tak rasa ke kami macam personal trainer??? Oh ya, kami ada masa untuk layan soalan mereka selepas kelas juga! Bestnyeeeeee belajar di terAedu!
Berlatarbelakangkan kejuruteraan, fizik,addmath dan math adalah makanan kami! setakat mengajar addmath, fizik, math SPM, kacang bona! Bak kata orang negeri sembilan. Macam kehidupan seharian, kalau nak belajar memasak belajar dari emak, nak belajar silat dengan guru silat, nak belajar melukis dengan pelukis, nak belajar addmath, fizik, math belajar dengan bekas engineer!
Tutor mencari rezeki dengan mengajar. Kejayaan murid adalah penentu pendapatan kami, kami tidak sama dengan guru sekolah ada gaji tetap setiap bulan, jadi adakah kami boleh sambil lewa untuk mengajar? Pastinya kami mesti memberikan servis yang terbaik. Ini lah jaminan untuk anda!
Boleh dikatakan kami ibarat hospital swasta, sekolah ibarat hospital kerajaan. Kami tidak boleh menggantikan tempat guru-guru di sekolah, tapi kami berkongsi kepakaran kami untuk melengkapkan tugas yang mungkin mereka juga impikan jika mereka diberikan lebih masa. Apa yang penting matlamat kami sama, Melahirkan pelajar yang berjaya!
"tidak ada cikgu yang tidak mahu melihat anak murid mereka berjaya"
Awesome Blog, check Latest Sarkari Naukri 2017 Category Wise
ReplyDelete