CIKGU AINI
Assalamualaikum, nama saya Nurul Aini binti Ruhaiza, berasal dari Rantau, Negeri Sembilan. Sebelum saya berkecimpung dalam arena tutor ni, saya adalah seorang engineer di sebuah syarikat Jepun. Semasa saya sedang menunggu panggilan dari pada universiti, saya menjadi guru sandaran di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru,Port Dickson. Walaupun saya tidak mengajar subjek yang saya ajar sekarang, namun saya dapat pengalaman bersama murid-murid.
Semasa saya di universiti dulu, saya juga menjadi pengajar kepada kawan-kawan saya.Antara kenangan yang saya tidak boleh lupa, kawan saya datang kepada saya pagi sebelum peperiksaan, dan belajar dari saya, bila keluar keputusan, dia dapat A saya dapat B+! ohhhhh tidakkkk..nak tahu kenapa??? Saya membuat kesilapan dengan tidak menukar mode calculator kepada RAD! Ya careless adalah antara musuh saya semasa BELAJAR, Oleh sebab itulah. saya mencipta Teknologi Anti Careless untuk pelajar-pelajar di TerAedu. maka beruntunglah pelajar saya!
Oh ya! saya adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Tun Hussein Onn. Bagi saya tugas saya sebagai tutor bukanlah setakat mengajar, tetapi menjadi inspirasi kepada pelajar. Saya ingin lahirkan seramai mungkin engineer, doktor, farmacist , usahawan dan pekerjaan berprofil tinggi yang lain. Itulah yang saya impikan, kerana jika saya menjadi jurutera, saya hanya menguntungkan syarikat saya, tapi jika saya menjadi tutor, saya boleh lahirkan ramai anak-anak bangsa saya yang berjaya.So lagi ramai yang untung! Semoga menjadi saham saya di akhirat..Aminn..
Addmath adalah kepakaran saya dan saya juga adalah penganalisis soalan SPM, dan percubaan SPM. Itulah kelebihan yang anak murid saya dapat apabila belajar dengan saya. Saya juga mengajar fizik, walaupun saya masih belum pakar dalam fizik, saya mempunyai konsep pembelajaran yang lain dari lain iaitu Saya bukan mengajar fizik tapi saya ajar cara belajar fizik.Kerana mengikut pemerhatian saya, pelajar tidak suka fizik kerana fizik perlu menghafal, sedangkan fizik adalah pelajaran yang melibatkan kehidupan seharian. Fizik memang menyeronokkan! Dan saya nampak hasilnya. Pelajar saya sudah minat kepada Fizik! itulah permulaan bagi sebuah kejayaan. kalau kita tak minat, kita susah nak faham. Samalah kita kena paksa makan makanan yang kita tak minat, mesti kita susah nak habiskan.
Tak sabar untuk berkenalan dengan bakal-bakal murid saya! Jumpa di terAedu!
Awesome Blog, check Latest Sarkari Naukri 2017 State Wise
ReplyDelete