Apa yang saya kongsikan adalah untuk memberi panduan kepada pelajar dan ibu bapa, bagaimana cara belajar orang yang bijak.Ini adalah daripada pengalaman saya mengajar pelajar daripada sekolah harian dan juga sekolah berasrama penuh.
Kemungkinan tak logik bagi semua pembaca, tapi inilah hakikatnya. Sebenarnya sejak azali kita belajar melalui TIRU atau dalam bahasa inggerisnya COPY. Kalau kita perhatikan anak-anak yang masih kecil, mereka belajar dengan meniru orang yang lebih dewasa. Kalau tak takkanlah anak melayu cakap melayu, anak cina cakap cina. Inilah cara pembelajaran yang memang dah build in dalam badan kita iaitu tindakan bawah sedar.
Orang yang meniru akan berjaya! Buktinya SAMSUNG dan APPLE, APPLE bersungguh-sungguh cipta teknologi canggih, mungkin makan masa bertahun-tahun untuk keluarkan produk yang mesra pengguna, SAMSUNG tak payah susah-susah tiru je..dan sekarang SAMSUNG jadi pesaing APPLE. Hakikatnya yang meniru itu akan jadi lebih berjaya! tu sebab seorang cikgu boleh lahirkan perdana menteri, saintis, juruterbang dan sebagainya.
Pengalaman saya, semasa saya mengajar sekumpulan murid, saya ajarkan cara menyelesaikan linear equation, saya tunjukkan yang mesti bulatkan nombor dan tanda, dan bila alihkan tanda itu akan bertukar. Kemudian saya suruh setiap pelajar buat dihadapan, ada empat pelajar,ada pelajar yang dapat jawapan betul dan ada yang salah. Saya sangat kalgum, pelajar yang betul itu, buat segala yang saya tunjuk tadi! betul-betul copy apa yang saya buat! Pelajar yang salah pula ada yang bulat ikut cara saya tapi dia tak bulatkan sekali tanda. Oleh sebab dia tak bulat tanda jadi dia terlupa untuk tukar tanda bila alihkan nombor.Apa yang saya nak komen, adalah pelajar ni bijak, dia tak susahkan diri dia fikir macamana nak selesaikan masalah, ikut jela apa yang cikgu buat,mesti settle..
Tapi bukan mudah nak tanamkan dalam minda anak-anak untuk tiru je apa yang cikgu buat. SAAAAAAAAAAAANGAT SUSAH, kebanyakannya bajet teror, nak guna cara sendiri, nah hasilnya salah..bagaimana ya cara untuk sedarkan murid yang cara belajar yang betul tu tiru je cikgu!!! ORANG YANG BIJAK AKAN BUAT PERKARA YANG SIMPLE! kalau tak takkan Steve Job cipta I phone yang ada satu butang je.
Semasa saya sekolah rendah saya sangat minat untuk belajar taranum..saya tidak tahu bagaimana cara untuk bertaranum..saya belajar dengan seorang guru namanya Cik Juriah, beliau mempunyai suara yang merdu, alunan bacaannya akan meruntun hati siapa yang mendengarnya. Saya pula budak baru belajar.. Apa yang saya buat, adalah saya dengar setiap lenggok bacaannya, dan saya conteng di setiap ayat, kalau tone tinggi saya buat garisan mencanak keatas,kalau kena ayunkan suara 3 kali, saya buat gambar wave tiga kali. Betul-betul saya copy apa yang Cik Juriah buat. Jadi tiap kali Cik Juriah suruh baca, saya pun baca lah ikut nota saya tadi..hasilnya..bacaan saya hampir sama dengan Cik Juriah! Saya dapat juara peringkat daerah dan masuk negeri! apa yang saya buat?? saya TIRU je..
Bila kita nak meniru cikgu ni, kita mesti tumpukan perhatian dalam kelas, sebab kita taknak terlepas satu pun apa yang cikgu tunjuk kat depan. lepas kita tengok apa yang cikgu buat, kita digest, lepas tu kita berlatih. PASTI kita akan BERJAYA. tak susah belajar ni senang sangat.Tu sebablah pelajar yang tak beri perhatian dalam kelas akan ketinggalan, sebab dia tak ada kesempatan nak tiru cikgu dia. Bila tak tahu, mulalah buat cara sendiri. Cari buku study sendiri konon, dia tak tahu yang dia belajar dari buku tu makan masa yang sangat lama, buku bukan boleh cakap, tegur apa yang dia buat betul ke salah. Dah ada jalan shortcut tak nak ikut. Cikgu dah khatamkan dah satu buku untuk ajar murid, Bermakna dah banyak sangat SHORTCUT, yang cikgu sediakan untuk murid. Murid tinggal TIRU je..
Bila belajar, tiru cikgu jangan tiru kawan, ni bila cikgu tanya mulalah kepala dah teleng tengok buku kawan, tiru, dia bukan tahu apa yang dia buat, itu tiru atas angin namanya. Bila tiru kawan, jawapan pula betul, yey! bangga! balik rumah tak tau apa-apa. Bukan ke sia-sia macam tu, mak ayah spend duit,masa,tenaga untuk hantar anak belajar, anak pula datang kelas, belajar main-main. Orang suruh tiru cikgu dia tiru kawan.
Hakikatnya memang apabila manusia semakin dewasa, mereka akan melakukan perkara yang complicated! Walaupun cara belajar dah di build in kan sejak lahir, mereka lupa..ayuh anak-anak cikgu dah sedarkan awak semua, bina satu keyakinan yang baru, beri perthatian dalam kelas, tengok apa yang cikgu buat dan tiru! anda pasti berjaya..
Nak belajar jadi lah macam SAMSUNG.
Wednesday, November 26, 2014
Thursday, November 20, 2014
ANAK SAYA TAK BERJAYA SEBAB SALAH CIKGU!
Harini saya akan sharekan jenis-jenis pelajar yang TIDAK BERJAYA yang biasanya cikgu akan jumpa..mungkin cikgu-cikgu sekolah tak cerita, meh sini saya cerita. Ini bertujuan supaya PELAJAR dan IBU BAPA boleh checklist ye..kadangkala bila anak kita tak berjaya, ibu bapa suka salahkan cikgu, cikgu tak bagus, sebab tulah anak tak improve..cuba checklist dulu ada tak anak-anak kat dalam senarai kat bawah ni..Disebabkan golongan pelajar cemerlang itu minoriti, maka saya sharekan macamana sebenarnya sikap golongan majoriti itu. Tujuannya bukan untuk menyalahkan tapi untuk membetulkan..sebab bila student tu betulkan sikap maka pembelajaran akan jadi sangat mudah. So lagi ramai lah murid yang akan BERJAYA!
PELAJAR YANG NAMPAK PANDAI TAPI SEBENARNYA TAK
Pelajar macam ni sentiasa nak membuktikan yang dia pandai, macamana ye attitude pelajar macam ni..selalunya dalam kelas kalau cikgu tanya dialah yang jawab..padahal dia ulang je apa yang cikgu cakap tapi tak masuk pun dalam otak..kalau buat ulang kaji..kawan lain tak dapat jawab..tapi dia boleh jawab..sebab curi-curi tengok jawapan dalam buku..kalau buat latihan dia sentiasa betul..sebab rujuk buku senyap-senyap..yang kawan tercengang-cengang..terornye budak ni.. padahal hakikatnya zero... dia tak dapat apa-apa pun..melainkan dapat bangga...sorry to say ye..Bila nawaitu kita masa masuk kelas nak bagi semua orang impress yang kita pandai, memang kita dapat, tapi tak guna kalau setakat itu sahaja.. Selalunya pelajar macam ni memang markah dia teruk sangat..pelajar-pelajar..ingatlah..biar kita nampak tak pandai dalam kelas, asalkan dalam peperiksaan kitalah yang paling pandai.
PELAJAR YANG RAJIN TAPI TAK BELAJAR DARI KESILAPAN
Pelajar macam ni, biasanya pelajar yang rajin, kalau ada seribu latihan, semua pun dia dah buat. Biasanya golongan ni..result die ok..tapi tak cemerlang, sebab dia hanya memuaskan hati dia dengan membuat banyak latihan tapi tidak belajar dari kesilapan yang dia biasa buat. Pelajar macam ni biasanya akan buat latihan sambil tengok jawapan belakang, ataupun masa buat latihan suruh kawan ajar lepas tu puas hati jawapan sama dengan kawan.Bajet-bajet cara tu boleh bagi mereka mahir. padahal bila buat latihan guna cara ni, mereka takkan perasan kesilapan yang mereka dah buat, dan bila tak perasan mereka akan sentiasa ulang..ulang..dan ulang kesilapan yang sama. Pelajar ni kalau cikgu tegur die akan dengar sambil lewa je.mungkin sebab die tau die dah habis rajin dah..takkan lah tak boleh dapat fullmarks nanti.... golongan ini kalau kita tengok kertas jawapan mereka, semua pun penuh berjawab. tapi jarang jumpa yang dapat markah penuh untuk setiap soalan.
PELAJAR KELAM KABUT
Pelajar macam ni ada risiko, kadangkala mereka ni bukan tak mahir tapi kelam kabut, pelajar ni sentiasa bersaing dengan masa, mereka bukan tak reti jawab soalan, tapi disebabkan kelam kabut, mereka akan cuba menjawab dengan laju, bila laju maka accidentla..mula la..kat jalan kerja betul, tapi kat hujung-hujung salah..kalau 1.5 tulis 5.1...darab jadi tambah..Pelajar macam ni sangat rugi..sebab mereka tahu jawab tapi disebabkan kelam kabut, mereka merisikokan markah mereka.
PELAJAR BAJET TEROR@DEGIL
Pelajar bajet teror ni biasanya pelajar yang tak improve-improve sebab dia bajet je, apa cikgu cakap taknak dengar, cikgu suruh taknak ikut. Kalau boleh tu nak kira atas angin, congak guna otak, taknak conteng pun kertas,Cikgu bagi step, die shortcut.Lagi best bila kita ajar, muka dialah yang paling faham. Tapi buat latihan salah, sebab seperti yang tertulis diatas.. Pelajar macam ni biasanya kita tahu otak dia bijak, tapi SIKAP bajet terror membuatkan mereka terkulai layu di tasik soalan...maka parent pun kepelikanlah..macamana cikgu ni mengajar..tak ada improvement langsung! haaaa..cikgu yang salah kan...
PELAJAR PICKUP TAPI MALAS
Dalam kelas memang ada pelajar yang pickup, kadang-kadang dia datang lambat, dia tengok satu contoh je yang cikgu ajar, die dah faham. Bila buat latihan, kawan-kawan yang dah belajar bercontoh-contoh masih salah, dia yang baru sampai tadi jawapan betul, student macam ni dia faham betul konsep bila cikgu ajar, tapi bila balik rumah simpan buku, tak buat latihan..cepat dapat..cepat lupa..so rugi la..Bila buat ulang kaji, dia dah tak tahu dah nak jawab macamana..mengajar golongan macam ni memang best, sebab tak payah terang susah-susah..tapi bersedialah..markah mereka ni akan sama dengan markah orang yang tak belajar langsung.sepatutnya golongan macam ni memang boleh score, sebab dia cepat faham. Tapi otak kita ni mesti jumpa banyak kali baru ingat..sekali jumpa tak ingat..macam jalan,,kalau sekali je pergi..kali kedua masih boleh sesat..dah pergi berkali-kali baru tak sesat..bagi yang rasa diri pickup..rajin-rajinlah buat latihan..ilmu ni macam burung mesti kene jinakkan..baru die ikut kita..siap boleh duduk atas bahu lagi..PELAJAR YANG TAK PICKUP TAPI RAJIN ADALAH 100 KALI GANDA DARIPADA PELAJAR YANG PICKUP TAPI MALAS!
Bonus, saya kongsikan satu sahaja jenis pelajar yang berjaya.
PELAJAR YANG BERJAYA
Pelajar berjaya kalau dalam kelas, mereka ni akan cuba digest apa yang cikgu cakap, mereka akan percaya setiap butir percakapan cikgu, kalau kita kata hitam, hitamlah bagi mereka, Selalunya pelajar macam ni dia akan take note setiap perkara penting, dan dia akan ingat setiap pesanan, mereka ni mesin photostate yang bagus, apa yang cikgu tulis kat depan, itulah yang mereka tulis kat kertas, cikgu suruh roket, mereka roket, mereka tak buat perkara extreme. Mereka buat cara biasa je..COPY PASTE CIKGU. Golongan mcam ni tidak akan pernah sekali mempersoalkan tindakan cikgu mereka, mereka ni OBSES terhadap cikgu.Macam kita tengok Superman masa kecik-kecik, percaya je kalau ikat kain kat tengkuk nanti boleh terbang. Mereka OBEY. Cikgu suruh buat, mereka buat..cikgu larang tak buat. Kadangkala mereka bukan dari golongan pickup..tapi mereka ada sikap OBEY dan OBSES yang tinggi! Golongan inilah yang selalunya menyanyi semasa dalan dewan SPM dek senangnye jawab soalan. Bagi yang tak menyanyi boleh checklist di atas...kenalpasti anda dari golongan mana supaya boleh baiki diri.
Kesimpulannya
KEJAYAAN BERMULA DARI SIKAP,KEGAGALAN JUGA BERLAKU KERANA SIKAP
REVIEW ADDMATH PAPER 2 SPM 2014
Tahun ini boleh dikatakan isu paling besar dikalangan murid, adalah KBAT. Iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, maka kerisauaan lah saya selaku cikgu. Sebab tidak ada sebarang contoh yang yang menunjukkan apa itu bentuk soalan KBAT...clueless...
Bila student habis jawap je.. berdebar tunggu komen diorang..seeeeeenyap je masing-masing..aik dah kenape budak-budak ni..hmmm..sebab kertas math haritu semua membebel pasal soalan nangke dan roket. So, ape lagi..mule la tanye..camne soalan addmath..KBAT tak??? so anak murid pun majoriti jawab..normal..ALHAMDULILLAH..maknanya diorang boleh la jawab tu..sebab xKBAT di mata diorang..huhu..
So, ape lagi..mintakla paper 2 nak tengok..ok alhamdulillah..soalan adalah normal seperti biasa..bagi section B dan section C tak ada yang pelik..cuma tahun ni susunan soalan tak sama..soalan probability distribution kat depan sekali..dimana tahun-tahun dahulu probability distribution berjiran dengan sec C. Tajuk ni tahun ni soalan a die lain dari biasa sikit..dia guna equation mean dan standard deviation untuk dapatkan p dan q..biasanya p die dah bagi siap-siap..so..sape yang tak mengegelabah time pekse pasti boleh settlekan..soalan b die macam biasa, so saya anggap soalan a dia KBAT la..
Bonus..bonus..bonus...fungsi masuk kertas 2! haaaa..kannn..tak ke bonus tu! 7 markah lagi..lepas tu ada pulak lagi satu bonus soalan yang paling ditakuti oleh student log dan indices..pun ada, 8 markah..tapi bagi student saya yang mendengar,melihat,'memphotostate' apa yang saya ajar..soalan log dan indices..biasa-biasa sahaja..dua-dua keluar jenis darab dan bahagi..so lepas ni kene la masukkan dua bab ni dalam senarai paper 2..hehe..bertambah-tambah la markah..
Soalan indeks number pula..sangat basic...soalan direct je..maka hypotesis bahawa indeks number akan ada KBAT terbukti tidak benar..so saya bayangkan student menjawab sambil menyanyi la soalan ni..
Kesimpulannya, secara keseluruhan paper addmath kertas 2, sangat OWESOME!!! saya suka! Segala yang saya dah ajar..semuanya ada..so halangan terakhir..adalah CARELESS tu sahaja..itu sahaja masalah yang saya tidak boleh control..sebab itu bergantung kepada student itu sendiri, Maka bergembiralah mereka yang betul-betul digest apa yang saya ajar..
Jadi apa yang kita boleh lakukan sehingga result keluar..berdoa-berdoa dan berdoa..segalanya ditangan ALLAH sahaja..semoga tahun ini lebih ramai pelajar cemerlang yang dapat saya lahirkan..
Thursday, November 6, 2014
Program Cuti Sekolah!
Program ini dibuka kepada pelajar SBP,MRSM dan ASRAMA, memandangkan semasa cuti sahaja mereka boleh repair apa yang mereka tidak tahu.
Cuti sekolah hampir tiba. Disini saya kongsikan program yang kami aturkan untuk mengisi masa cuti murid!
JOM REPAIR ADDMATH
Majoriti murid lemah add math bukan kerana mereka tak STUDY, tapi mereka LEMAH sebab tidak tahu teknik. Sama macam mengaji, semua orang tahu mengaji, tapi tidak semua orang tahu mengaji dengan tajwid! JOM REPAIR ADDMATH adalah program yang paling ideal untuk anda, JOM REPAIR ADDMATH akan bantu untuk atasi masalah:
- Tak tahu nak study macam mana addmath ni
- Blank nak jawab soalan (walaupun rasa macam dah belajar dah)
- Tak tahu nak guna formula yang mana satu
- Tak kenal jenis soalan
- Fail..fail..dan fail lagi..asyik fail je..
- Fobia dengan paper add math
- CARELESS!!!!!!
- Maksimum pelajar bagi program ini adalah 15 orang sahaja
- Pelajar akan didedahkan dengan teknik menjawab soalan kertas satu bagi bab tingkatan 4
- Masa yang diperuntukkan bagi program ini adalah 24 jam. Iaitu 3 jam x 8 sesi
- Pelajar dinasihatkan mengikuti kelas ini untuk membantu pelajar bersedia dari awal, Biasanya pelajar dari SBP,MRSM, dan ASRAMA, mereka sudah tahu, tapi belum faham dan mahir.
- Kami kongsikan teknik,untuk menjadi bekal kepada mereka bila balik sekolah nanti. Dah tahu teknik tinggal nak buat latihan!
JOM REPAIR FIZIK
Sebenarnya murid lemah fizik kerana mereka tidak kuasai basic fizik. Jadi kami bantu mereka dengan menguasai basic fizik semasa cuti sekolah ini! Masalah yang kami akan selesaikan adalah:
- Fizik kena mengira!
- Tak tahu macamana nak study fizik
- Dah baca dah, tapi tak juga faham-faham
- Banyaknya nak hafal
JOM REPAIR MATH (ALGEBRA)
Pelajar yang lemah math majoritinya tidak mahir algebra. Program ini untuk pelajar yang lemah math dan sangat lemah addmath. Terbuka bagi pelajar tingkatan 3, tingkatan 4, tingkatan tahun 2015. Bagi pelajar yang telah menduduki PT3 tahun ini dan bercita-cita untuk mengambil addmath semasa form 4, program ini amat membantu anda. Kerana ALGEBRA adalah hati bagi ADDMATH. Boleh dikatakan hampir 80% soalan ADDMATH melibatkan ALGEBRA! Kerana lemah ALGEBRA lah, ramai murid gagal, Mereka yang nak ambil addmath mesti hebat algebra.
UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH LANJUT SILA KLIK program cuti sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)