Cuti sekolah hampir tiba. Disini saya kongsikan program yang kami aturkan untuk mengisi masa cuti murid!
JOM REPAIR ADDMATH
Majoriti murid lemah add math bukan kerana mereka tak STUDY, tapi mereka LEMAH sebab tidak tahu teknik. Sama macam mengaji, semua orang tahu mengaji, tapi tidak semua orang tahu mengaji dengan tajwid! JOM REPAIR ADDMATH adalah program yang paling ideal untuk anda, JOM REPAIR ADDMATH akan bantu untuk atasi masalah:
- Tak tahu nak study macam mana addmath ni
- Blank nak jawab soalan (walaupun rasa macam dah belajar dah)
- Tak tahu nak guna formula yang mana satu
- Tak kenal jenis soalan
- Fail..fail..dan fail lagi..asyik fail je..
- Fobia dengan paper add math
- CARELESS!!!!!!
- Maksimum pelajar bagi program ini adalah 15 orang sahaja
- Pelajar akan didedahkan dengan teknik menjawab soalan kertas satu bagi bab tingkatan 4
- Masa yang diperuntukkan bagi program ini adalah 24 jam. Iaitu 3 jam x 8 sesi
- Pelajar dinasihatkan mengikuti kelas ini untuk membantu pelajar bersedia dari awal, Biasanya pelajar dari SBP,MRSM, dan ASRAMA, mereka sudah tahu, tapi belum faham dan mahir.
- Kami kongsikan teknik,untuk menjadi bekal kepada mereka bila balik sekolah nanti. Dah tahu teknik tinggal nak buat latihan!
JOM REPAIR FIZIK
Sebenarnya murid lemah fizik kerana mereka tidak kuasai basic fizik. Jadi kami bantu mereka dengan menguasai basic fizik semasa cuti sekolah ini! Masalah yang kami akan selesaikan adalah:
- Fizik kena mengira!
- Tak tahu macamana nak study fizik
- Dah baca dah, tapi tak juga faham-faham
- Banyaknya nak hafal
JOM REPAIR MATH (ALGEBRA)
Pelajar yang lemah math majoritinya tidak mahir algebra. Program ini untuk pelajar yang lemah math dan sangat lemah addmath. Terbuka bagi pelajar tingkatan 3, tingkatan 4, tingkatan tahun 2015. Bagi pelajar yang telah menduduki PT3 tahun ini dan bercita-cita untuk mengambil addmath semasa form 4, program ini amat membantu anda. Kerana ALGEBRA adalah hati bagi ADDMATH. Boleh dikatakan hampir 80% soalan ADDMATH melibatkan ALGEBRA! Kerana lemah ALGEBRA lah, ramai murid gagal, Mereka yang nak ambil addmath mesti hebat algebra.
UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH LANJUT SILA KLIK program cuti sekolah
Check Latest Posts of Latest Sarkari Naukri 2017
ReplyDelete