Thursday, November 20, 2014

ANAK SAYA TAK BERJAYA SEBAB SALAH CIKGU!

Harini saya akan sharekan jenis-jenis pelajar yang TIDAK BERJAYA yang biasanya cikgu akan jumpa..mungkin cikgu-cikgu sekolah tak cerita, meh sini saya cerita. Ini bertujuan supaya PELAJAR dan IBU BAPA boleh checklist ye..kadangkala bila anak kita tak berjaya, ibu bapa suka salahkan cikgu, cikgu tak bagus, sebab tulah anak tak improve..cuba checklist dulu ada tak anak-anak kat dalam senarai kat bawah ni..Disebabkan golongan pelajar cemerlang itu minoriti, maka saya sharekan macamana sebenarnya sikap golongan majoriti itu. Tujuannya bukan untuk menyalahkan tapi untuk membetulkan..sebab bila student tu betulkan sikap maka pembelajaran akan jadi sangat mudah. So lagi ramai lah murid yang akan BERJAYA!

PELAJAR YANG NAMPAK PANDAI TAPI SEBENARNYA TAK
Pelajar macam ni sentiasa nak membuktikan yang dia pandai, macamana ye attitude pelajar macam ni..selalunya dalam kelas kalau cikgu tanya dialah yang jawab..padahal dia ulang je apa yang cikgu cakap tapi tak masuk pun dalam otak..kalau buat ulang kaji..kawan lain tak dapat jawab..tapi dia boleh jawab..sebab curi-curi tengok jawapan dalam buku..kalau buat latihan dia sentiasa betul..sebab rujuk buku senyap-senyap..yang kawan tercengang-cengang..terornye budak ni.. padahal hakikatnya zero... dia tak dapat apa-apa pun..melainkan dapat bangga...sorry to say ye..Bila nawaitu kita masa masuk kelas nak bagi semua orang impress yang kita pandai, memang kita dapat, tapi tak guna kalau setakat itu sahaja.. Selalunya pelajar macam ni memang markah dia teruk sangat..pelajar-pelajar..ingatlah..biar kita nampak tak pandai dalam kelas, asalkan dalam peperiksaan kitalah yang paling pandai.

PELAJAR YANG RAJIN TAPI TAK BELAJAR DARI KESILAPAN
Pelajar macam ni, biasanya pelajar yang rajin, kalau ada seribu latihan, semua pun dia dah buat. Biasanya golongan ni..result die ok..tapi tak cemerlang, sebab dia hanya memuaskan hati dia dengan membuat banyak latihan tapi tidak belajar dari kesilapan yang dia biasa buat. Pelajar macam ni biasanya akan buat latihan sambil tengok jawapan belakang, ataupun masa buat latihan suruh kawan ajar lepas tu puas hati jawapan sama dengan kawan.Bajet-bajet cara tu boleh bagi mereka mahir. padahal bila buat latihan guna cara ni, mereka takkan perasan kesilapan yang mereka dah buat, dan bila tak perasan mereka akan sentiasa ulang..ulang..dan ulang kesilapan yang sama. Pelajar ni kalau cikgu tegur die akan dengar sambil lewa je.mungkin sebab die tau die dah habis rajin dah..takkan lah tak boleh dapat fullmarks nanti.... golongan ini kalau kita tengok kertas jawapan mereka, semua pun penuh berjawab. tapi jarang jumpa yang dapat markah penuh untuk setiap soalan. 

PELAJAR KELAM KABUT
Pelajar macam ni ada risiko, kadangkala mereka ni bukan tak mahir tapi kelam kabut, pelajar ni sentiasa bersaing dengan masa, mereka bukan tak reti jawab soalan, tapi disebabkan kelam kabut, mereka akan cuba menjawab dengan laju, bila laju maka accidentla..mula la..kat jalan kerja betul, tapi kat hujung-hujung salah..kalau 1.5 tulis 5.1...darab jadi tambah..Pelajar macam ni sangat rugi..sebab mereka tahu jawab tapi disebabkan kelam kabut, mereka merisikokan markah mereka.

PELAJAR BAJET TEROR@DEGIL
Pelajar bajet teror ni biasanya pelajar yang tak improve-improve sebab dia bajet je, apa cikgu cakap taknak dengar, cikgu suruh taknak ikut. Kalau boleh tu nak kira atas angin, congak guna otak, taknak conteng pun kertas,Cikgu bagi step, die shortcut.Lagi best bila kita ajar, muka dialah yang paling faham. Tapi buat latihan salah, sebab seperti yang tertulis diatas.. Pelajar macam ni biasanya kita tahu otak dia bijak, tapi SIKAP bajet terror membuatkan mereka terkulai layu di tasik soalan...maka parent pun kepelikanlah..macamana cikgu ni mengajar..tak ada improvement langsung! haaaa..cikgu yang salah kan...

PELAJAR PICKUP TAPI MALAS
Dalam kelas memang ada pelajar yang pickup, kadang-kadang dia datang lambat, dia tengok satu contoh je yang cikgu ajar, die dah faham. Bila buat latihan, kawan-kawan yang dah belajar bercontoh-contoh masih salah, dia yang baru sampai tadi jawapan betul, student macam ni dia faham betul konsep bila cikgu ajar, tapi bila balik rumah simpan buku, tak buat latihan..cepat dapat..cepat lupa..so rugi la..Bila buat ulang kaji, dia dah tak tahu dah nak jawab macamana..mengajar golongan macam ni memang best, sebab tak payah terang susah-susah..tapi bersedialah..markah mereka ni akan sama dengan markah orang yang tak belajar langsung.sepatutnya golongan macam ni memang boleh score, sebab dia cepat faham. Tapi otak kita ni mesti jumpa banyak kali baru ingat..sekali jumpa tak ingat..macam jalan,,kalau sekali je pergi..kali kedua masih boleh sesat..dah pergi berkali-kali baru tak sesat..bagi yang rasa diri pickup..rajin-rajinlah buat latihan..ilmu ni macam burung mesti kene jinakkan..baru die ikut kita..siap boleh duduk atas bahu lagi..PELAJAR YANG TAK PICKUP TAPI RAJIN ADALAH 100 KALI GANDA DARIPADA PELAJAR YANG PICKUP TAPI MALAS!


Bonus, saya kongsikan satu sahaja jenis pelajar yang berjaya.


PELAJAR YANG BERJAYA
Pelajar berjaya kalau dalam kelas, mereka ni akan cuba digest apa yang cikgu cakap, mereka akan percaya setiap butir percakapan cikgu, kalau kita kata hitam, hitamlah bagi mereka, Selalunya pelajar macam ni dia akan take note setiap perkara penting, dan dia akan ingat setiap pesanan, mereka ni mesin photostate yang bagus, apa yang cikgu tulis kat depan, itulah yang mereka tulis kat kertas, cikgu suruh roket, mereka roket, mereka tak buat perkara extreme. Mereka buat cara biasa je..COPY PASTE CIKGU. Golongan mcam ni tidak akan pernah sekali mempersoalkan tindakan cikgu mereka, mereka ni OBSES terhadap cikgu.Macam kita tengok Superman masa kecik-kecik, percaya je kalau ikat kain kat tengkuk nanti boleh terbang. Mereka OBEY. Cikgu suruh buat, mereka buat..cikgu larang tak buat. Kadangkala mereka bukan dari golongan pickup..tapi mereka ada sikap OBEY dan OBSES yang tinggi! Golongan inilah yang selalunya menyanyi semasa dalan dewan SPM dek senangnye jawab soalan. Bagi yang tak menyanyi boleh checklist di atas...kenalpasti anda dari golongan mana supaya boleh baiki diri.

Kesimpulannya

KEJAYAAN BERMULA DARI SIKAP,KEGAGALAN JUGA BERLAKU KERANA SIKAP

1 comment: