Wednesday, November 26, 2014

BAGAIMANA ORANG BIJAK BELAJAR???

       Apa yang saya kongsikan adalah untuk memberi panduan kepada pelajar dan ibu bapa, bagaimana cara belajar orang yang bijak.Ini adalah daripada pengalaman saya mengajar pelajar daripada sekolah harian dan juga sekolah berasrama penuh.

       Kemungkinan tak logik bagi semua pembaca, tapi inilah hakikatnya. Sebenarnya sejak azali kita belajar melalui TIRU atau dalam bahasa inggerisnya COPY. Kalau kita perhatikan anak-anak yang masih kecil, mereka belajar dengan meniru orang yang lebih dewasa. Kalau tak takkanlah anak melayu cakap melayu, anak cina cakap cina. Inilah cara pembelajaran yang memang dah build in dalam badan kita iaitu tindakan bawah sedar.

     Orang yang meniru akan berjaya! Buktinya SAMSUNG dan APPLE, APPLE bersungguh-sungguh cipta teknologi canggih, mungkin makan masa bertahun-tahun untuk keluarkan produk yang mesra pengguna, SAMSUNG tak payah susah-susah tiru je..dan sekarang SAMSUNG jadi pesaing APPLE. Hakikatnya yang meniru itu akan jadi lebih berjaya! tu sebab seorang cikgu  boleh lahirkan perdana menteri, saintis, juruterbang dan sebagainya.

    Pengalaman saya, semasa saya mengajar sekumpulan murid, saya ajarkan cara menyelesaikan linear equation, saya tunjukkan yang mesti bulatkan nombor dan tanda, dan bila alihkan tanda itu akan bertukar. Kemudian saya suruh setiap pelajar buat dihadapan, ada empat pelajar,ada pelajar yang dapat jawapan betul dan ada yang salah. Saya sangat kalgum, pelajar yang betul itu, buat segala yang saya tunjuk tadi! betul-betul copy apa yang saya buat! Pelajar yang salah pula ada yang bulat ikut cara saya tapi dia tak bulatkan sekali tanda. Oleh sebab dia tak bulat tanda jadi dia terlupa untuk tukar tanda bila alihkan nombor.Apa yang saya nak komen, adalah pelajar ni bijak, dia tak susahkan diri dia fikir macamana nak selesaikan masalah, ikut jela apa yang cikgu buat,mesti settle..

   Tapi bukan mudah nak tanamkan dalam minda anak-anak untuk tiru je apa yang cikgu buat. SAAAAAAAAAAAANGAT SUSAH, kebanyakannya bajet teror, nak guna cara sendiri, nah hasilnya salah..bagaimana ya cara untuk sedarkan murid yang cara belajar yang betul tu tiru je cikgu!!! ORANG YANG BIJAK AKAN BUAT PERKARA YANG SIMPLE! kalau tak takkan Steve Job cipta I phone yang ada satu butang je.

   Semasa saya sekolah rendah saya sangat minat untuk belajar taranum..saya tidak tahu bagaimana cara untuk bertaranum..saya belajar dengan seorang guru namanya Cik Juriah, beliau mempunyai suara yang merdu, alunan bacaannya akan meruntun hati siapa yang mendengarnya. Saya pula budak baru belajar.. Apa yang saya buat, adalah saya dengar setiap lenggok bacaannya, dan saya conteng di setiap ayat, kalau tone tinggi saya buat garisan mencanak keatas,kalau kena ayunkan suara 3 kali, saya buat gambar wave tiga kali. Betul-betul saya copy apa yang Cik Juriah buat. Jadi tiap kali Cik Juriah suruh baca, saya pun baca lah ikut nota saya tadi..hasilnya..bacaan saya hampir sama dengan Cik Juriah! Saya dapat juara peringkat daerah dan masuk negeri! apa yang saya buat?? saya TIRU je..

   Bila kita nak meniru cikgu ni, kita mesti tumpukan perhatian dalam kelas, sebab kita taknak terlepas satu pun apa yang cikgu tunjuk kat depan. lepas kita tengok apa yang cikgu buat, kita digest, lepas tu kita berlatih. PASTI kita akan BERJAYA. tak susah belajar ni senang sangat.Tu sebablah pelajar yang tak beri perhatian dalam kelas akan ketinggalan, sebab dia tak ada kesempatan nak tiru cikgu dia. Bila tak tahu, mulalah buat cara sendiri. Cari buku study sendiri konon, dia tak tahu yang dia belajar dari buku tu makan masa yang sangat lama, buku bukan boleh cakap, tegur apa yang dia buat betul ke salah. Dah ada jalan shortcut tak nak ikut. Cikgu dah khatamkan dah satu buku untuk ajar murid, Bermakna dah banyak sangat SHORTCUT, yang cikgu sediakan untuk murid. Murid tinggal TIRU je..

   Bila belajar, tiru cikgu jangan tiru kawan, ni bila cikgu tanya mulalah kepala dah teleng tengok buku kawan, tiru, dia bukan tahu apa yang dia buat, itu tiru atas angin namanya. Bila tiru kawan, jawapan pula betul, yey! bangga! balik rumah tak tau apa-apa. Bukan ke sia-sia macam tu, mak ayah spend duit,masa,tenaga untuk hantar anak belajar, anak pula datang kelas, belajar main-main. Orang suruh tiru cikgu dia tiru kawan.

   Hakikatnya memang apabila manusia semakin dewasa, mereka akan melakukan perkara yang complicated! Walaupun cara belajar dah di build in kan sejak lahir, mereka lupa..ayuh anak-anak cikgu dah sedarkan awak semua, bina satu keyakinan yang baru, beri perthatian dalam kelas, tengok apa yang cikgu buat dan tiru! anda pasti berjaya..

   Nak belajar jadi lah macam SAMSUNG.



   

1 comment: