Wednesday, November 26, 2014

BAGAIMANA ORANG BIJAK BELAJAR???

       Apa yang saya kongsikan adalah untuk memberi panduan kepada pelajar dan ibu bapa, bagaimana cara belajar orang yang bijak.Ini adalah daripada pengalaman saya mengajar pelajar daripada sekolah harian dan juga sekolah berasrama penuh.

       Kemungkinan tak logik bagi semua pembaca, tapi inilah hakikatnya. Sebenarnya sejak azali kita belajar melalui TIRU atau dalam bahasa inggerisnya COPY. Kalau kita perhatikan anak-anak yang masih kecil, mereka belajar dengan meniru orang yang lebih dewasa. Kalau tak takkanlah anak melayu cakap melayu, anak cina cakap cina. Inilah cara pembelajaran yang memang dah build in dalam badan kita iaitu tindakan bawah sedar.

     Orang yang meniru akan berjaya! Buktinya SAMSUNG dan APPLE, APPLE bersungguh-sungguh cipta teknologi canggih, mungkin makan masa bertahun-tahun untuk keluarkan produk yang mesra pengguna, SAMSUNG tak payah susah-susah tiru je..dan sekarang SAMSUNG jadi pesaing APPLE. Hakikatnya yang meniru itu akan jadi lebih berjaya! tu sebab seorang cikgu  boleh lahirkan perdana menteri, saintis, juruterbang dan sebagainya.

    Pengalaman saya, semasa saya mengajar sekumpulan murid, saya ajarkan cara menyelesaikan linear equation, saya tunjukkan yang mesti bulatkan nombor dan tanda, dan bila alihkan tanda itu akan bertukar. Kemudian saya suruh setiap pelajar buat dihadapan, ada empat pelajar,ada pelajar yang dapat jawapan betul dan ada yang salah. Saya sangat kalgum, pelajar yang betul itu, buat segala yang saya tunjuk tadi! betul-betul copy apa yang saya buat! Pelajar yang salah pula ada yang bulat ikut cara saya tapi dia tak bulatkan sekali tanda. Oleh sebab dia tak bulat tanda jadi dia terlupa untuk tukar tanda bila alihkan nombor.Apa yang saya nak komen, adalah pelajar ni bijak, dia tak susahkan diri dia fikir macamana nak selesaikan masalah, ikut jela apa yang cikgu buat,mesti settle..

   Tapi bukan mudah nak tanamkan dalam minda anak-anak untuk tiru je apa yang cikgu buat. SAAAAAAAAAAAANGAT SUSAH, kebanyakannya bajet teror, nak guna cara sendiri, nah hasilnya salah..bagaimana ya cara untuk sedarkan murid yang cara belajar yang betul tu tiru je cikgu!!! ORANG YANG BIJAK AKAN BUAT PERKARA YANG SIMPLE! kalau tak takkan Steve Job cipta I phone yang ada satu butang je.

   Semasa saya sekolah rendah saya sangat minat untuk belajar taranum..saya tidak tahu bagaimana cara untuk bertaranum..saya belajar dengan seorang guru namanya Cik Juriah, beliau mempunyai suara yang merdu, alunan bacaannya akan meruntun hati siapa yang mendengarnya. Saya pula budak baru belajar.. Apa yang saya buat, adalah saya dengar setiap lenggok bacaannya, dan saya conteng di setiap ayat, kalau tone tinggi saya buat garisan mencanak keatas,kalau kena ayunkan suara 3 kali, saya buat gambar wave tiga kali. Betul-betul saya copy apa yang Cik Juriah buat. Jadi tiap kali Cik Juriah suruh baca, saya pun baca lah ikut nota saya tadi..hasilnya..bacaan saya hampir sama dengan Cik Juriah! Saya dapat juara peringkat daerah dan masuk negeri! apa yang saya buat?? saya TIRU je..

   Bila kita nak meniru cikgu ni, kita mesti tumpukan perhatian dalam kelas, sebab kita taknak terlepas satu pun apa yang cikgu tunjuk kat depan. lepas kita tengok apa yang cikgu buat, kita digest, lepas tu kita berlatih. PASTI kita akan BERJAYA. tak susah belajar ni senang sangat.Tu sebablah pelajar yang tak beri perhatian dalam kelas akan ketinggalan, sebab dia tak ada kesempatan nak tiru cikgu dia. Bila tak tahu, mulalah buat cara sendiri. Cari buku study sendiri konon, dia tak tahu yang dia belajar dari buku tu makan masa yang sangat lama, buku bukan boleh cakap, tegur apa yang dia buat betul ke salah. Dah ada jalan shortcut tak nak ikut. Cikgu dah khatamkan dah satu buku untuk ajar murid, Bermakna dah banyak sangat SHORTCUT, yang cikgu sediakan untuk murid. Murid tinggal TIRU je..

   Bila belajar, tiru cikgu jangan tiru kawan, ni bila cikgu tanya mulalah kepala dah teleng tengok buku kawan, tiru, dia bukan tahu apa yang dia buat, itu tiru atas angin namanya. Bila tiru kawan, jawapan pula betul, yey! bangga! balik rumah tak tau apa-apa. Bukan ke sia-sia macam tu, mak ayah spend duit,masa,tenaga untuk hantar anak belajar, anak pula datang kelas, belajar main-main. Orang suruh tiru cikgu dia tiru kawan.

   Hakikatnya memang apabila manusia semakin dewasa, mereka akan melakukan perkara yang complicated! Walaupun cara belajar dah di build in kan sejak lahir, mereka lupa..ayuh anak-anak cikgu dah sedarkan awak semua, bina satu keyakinan yang baru, beri perthatian dalam kelas, tengok apa yang cikgu buat dan tiru! anda pasti berjaya..

   Nak belajar jadi lah macam SAMSUNG.



   

Thursday, November 20, 2014

ANAK SAYA TAK BERJAYA SEBAB SALAH CIKGU!

Harini saya akan sharekan jenis-jenis pelajar yang TIDAK BERJAYA yang biasanya cikgu akan jumpa..mungkin cikgu-cikgu sekolah tak cerita, meh sini saya cerita. Ini bertujuan supaya PELAJAR dan IBU BAPA boleh checklist ye..kadangkala bila anak kita tak berjaya, ibu bapa suka salahkan cikgu, cikgu tak bagus, sebab tulah anak tak improve..cuba checklist dulu ada tak anak-anak kat dalam senarai kat bawah ni..Disebabkan golongan pelajar cemerlang itu minoriti, maka saya sharekan macamana sebenarnya sikap golongan majoriti itu. Tujuannya bukan untuk menyalahkan tapi untuk membetulkan..sebab bila student tu betulkan sikap maka pembelajaran akan jadi sangat mudah. So lagi ramai lah murid yang akan BERJAYA!

PELAJAR YANG NAMPAK PANDAI TAPI SEBENARNYA TAK
Pelajar macam ni sentiasa nak membuktikan yang dia pandai, macamana ye attitude pelajar macam ni..selalunya dalam kelas kalau cikgu tanya dialah yang jawab..padahal dia ulang je apa yang cikgu cakap tapi tak masuk pun dalam otak..kalau buat ulang kaji..kawan lain tak dapat jawab..tapi dia boleh jawab..sebab curi-curi tengok jawapan dalam buku..kalau buat latihan dia sentiasa betul..sebab rujuk buku senyap-senyap..yang kawan tercengang-cengang..terornye budak ni.. padahal hakikatnya zero... dia tak dapat apa-apa pun..melainkan dapat bangga...sorry to say ye..Bila nawaitu kita masa masuk kelas nak bagi semua orang impress yang kita pandai, memang kita dapat, tapi tak guna kalau setakat itu sahaja.. Selalunya pelajar macam ni memang markah dia teruk sangat..pelajar-pelajar..ingatlah..biar kita nampak tak pandai dalam kelas, asalkan dalam peperiksaan kitalah yang paling pandai.

PELAJAR YANG RAJIN TAPI TAK BELAJAR DARI KESILAPAN
Pelajar macam ni, biasanya pelajar yang rajin, kalau ada seribu latihan, semua pun dia dah buat. Biasanya golongan ni..result die ok..tapi tak cemerlang, sebab dia hanya memuaskan hati dia dengan membuat banyak latihan tapi tidak belajar dari kesilapan yang dia biasa buat. Pelajar macam ni biasanya akan buat latihan sambil tengok jawapan belakang, ataupun masa buat latihan suruh kawan ajar lepas tu puas hati jawapan sama dengan kawan.Bajet-bajet cara tu boleh bagi mereka mahir. padahal bila buat latihan guna cara ni, mereka takkan perasan kesilapan yang mereka dah buat, dan bila tak perasan mereka akan sentiasa ulang..ulang..dan ulang kesilapan yang sama. Pelajar ni kalau cikgu tegur die akan dengar sambil lewa je.mungkin sebab die tau die dah habis rajin dah..takkan lah tak boleh dapat fullmarks nanti.... golongan ini kalau kita tengok kertas jawapan mereka, semua pun penuh berjawab. tapi jarang jumpa yang dapat markah penuh untuk setiap soalan. 

PELAJAR KELAM KABUT
Pelajar macam ni ada risiko, kadangkala mereka ni bukan tak mahir tapi kelam kabut, pelajar ni sentiasa bersaing dengan masa, mereka bukan tak reti jawab soalan, tapi disebabkan kelam kabut, mereka akan cuba menjawab dengan laju, bila laju maka accidentla..mula la..kat jalan kerja betul, tapi kat hujung-hujung salah..kalau 1.5 tulis 5.1...darab jadi tambah..Pelajar macam ni sangat rugi..sebab mereka tahu jawab tapi disebabkan kelam kabut, mereka merisikokan markah mereka.

PELAJAR BAJET TEROR@DEGIL
Pelajar bajet teror ni biasanya pelajar yang tak improve-improve sebab dia bajet je, apa cikgu cakap taknak dengar, cikgu suruh taknak ikut. Kalau boleh tu nak kira atas angin, congak guna otak, taknak conteng pun kertas,Cikgu bagi step, die shortcut.Lagi best bila kita ajar, muka dialah yang paling faham. Tapi buat latihan salah, sebab seperti yang tertulis diatas.. Pelajar macam ni biasanya kita tahu otak dia bijak, tapi SIKAP bajet terror membuatkan mereka terkulai layu di tasik soalan...maka parent pun kepelikanlah..macamana cikgu ni mengajar..tak ada improvement langsung! haaaa..cikgu yang salah kan...

PELAJAR PICKUP TAPI MALAS
Dalam kelas memang ada pelajar yang pickup, kadang-kadang dia datang lambat, dia tengok satu contoh je yang cikgu ajar, die dah faham. Bila buat latihan, kawan-kawan yang dah belajar bercontoh-contoh masih salah, dia yang baru sampai tadi jawapan betul, student macam ni dia faham betul konsep bila cikgu ajar, tapi bila balik rumah simpan buku, tak buat latihan..cepat dapat..cepat lupa..so rugi la..Bila buat ulang kaji, dia dah tak tahu dah nak jawab macamana..mengajar golongan macam ni memang best, sebab tak payah terang susah-susah..tapi bersedialah..markah mereka ni akan sama dengan markah orang yang tak belajar langsung.sepatutnya golongan macam ni memang boleh score, sebab dia cepat faham. Tapi otak kita ni mesti jumpa banyak kali baru ingat..sekali jumpa tak ingat..macam jalan,,kalau sekali je pergi..kali kedua masih boleh sesat..dah pergi berkali-kali baru tak sesat..bagi yang rasa diri pickup..rajin-rajinlah buat latihan..ilmu ni macam burung mesti kene jinakkan..baru die ikut kita..siap boleh duduk atas bahu lagi..PELAJAR YANG TAK PICKUP TAPI RAJIN ADALAH 100 KALI GANDA DARIPADA PELAJAR YANG PICKUP TAPI MALAS!


Bonus, saya kongsikan satu sahaja jenis pelajar yang berjaya.


PELAJAR YANG BERJAYA
Pelajar berjaya kalau dalam kelas, mereka ni akan cuba digest apa yang cikgu cakap, mereka akan percaya setiap butir percakapan cikgu, kalau kita kata hitam, hitamlah bagi mereka, Selalunya pelajar macam ni dia akan take note setiap perkara penting, dan dia akan ingat setiap pesanan, mereka ni mesin photostate yang bagus, apa yang cikgu tulis kat depan, itulah yang mereka tulis kat kertas, cikgu suruh roket, mereka roket, mereka tak buat perkara extreme. Mereka buat cara biasa je..COPY PASTE CIKGU. Golongan mcam ni tidak akan pernah sekali mempersoalkan tindakan cikgu mereka, mereka ni OBSES terhadap cikgu.Macam kita tengok Superman masa kecik-kecik, percaya je kalau ikat kain kat tengkuk nanti boleh terbang. Mereka OBEY. Cikgu suruh buat, mereka buat..cikgu larang tak buat. Kadangkala mereka bukan dari golongan pickup..tapi mereka ada sikap OBEY dan OBSES yang tinggi! Golongan inilah yang selalunya menyanyi semasa dalan dewan SPM dek senangnye jawab soalan. Bagi yang tak menyanyi boleh checklist di atas...kenalpasti anda dari golongan mana supaya boleh baiki diri.

Kesimpulannya

KEJAYAAN BERMULA DARI SIKAP,KEGAGALAN JUGA BERLAKU KERANA SIKAP

REVIEW ADDMATH PAPER 2 SPM 2014


       Tahun ini boleh dikatakan isu paling besar dikalangan murid, adalah KBAT. Iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, maka kerisauaan lah saya selaku cikgu. Sebab tidak ada sebarang contoh yang yang menunjukkan apa itu bentuk soalan KBAT...clueless...

      Bila student habis jawap je.. berdebar tunggu komen diorang..seeeeeenyap je masing-masing..aik dah kenape budak-budak ni..hmmm..sebab kertas math haritu semua membebel pasal soalan nangke dan roket. So, ape lagi..mule la tanye..camne soalan addmath..KBAT  tak??? so anak murid pun majoriti jawab..normal..ALHAMDULILLAH..maknanya diorang boleh la jawab tu..sebab xKBAT di mata diorang..huhu..

     So, ape lagi..mintakla paper 2 nak tengok..ok alhamdulillah..soalan adalah normal seperti biasa..bagi section B dan section C tak ada yang pelik..cuma tahun ni susunan soalan tak sama..soalan probability distribution kat depan sekali..dimana tahun-tahun dahulu probability distribution berjiran dengan sec C. Tajuk ni tahun ni soalan a die lain dari biasa sikit..dia guna equation mean dan standard deviation untuk dapatkan p dan q..biasanya p die dah bagi siap-siap..so..sape yang tak mengegelabah time pekse pasti boleh settlekan..soalan b die macam biasa, so saya anggap soalan a dia KBAT la..

     Bonus..bonus..bonus...fungsi masuk kertas 2! haaaa..kannn..tak ke bonus tu! 7 markah lagi..lepas tu ada pulak lagi satu bonus soalan yang paling ditakuti oleh student log dan indices..pun ada, 8 markah..tapi bagi student saya yang mendengar,melihat,'memphotostate' apa yang saya ajar..soalan log dan indices..biasa-biasa sahaja..dua-dua keluar jenis darab dan bahagi..so lepas ni kene la masukkan dua bab ni dalam senarai paper 2..hehe..bertambah-tambah la markah..

     Soalan indeks number pula..sangat basic...soalan direct je..maka hypotesis bahawa indeks number akan ada KBAT terbukti tidak benar..so saya bayangkan student menjawab sambil menyanyi la soalan ni..

    Kesimpulannya, secara keseluruhan paper addmath kertas 2, sangat OWESOME!!! saya suka! Segala yang saya dah ajar..semuanya ada..so halangan terakhir..adalah CARELESS tu sahaja..itu sahaja masalah yang saya tidak boleh control..sebab itu bergantung kepada student itu sendiri, Maka bergembiralah mereka yang betul-betul digest apa yang saya ajar..

    Jadi apa yang kita boleh lakukan sehingga result keluar..berdoa-berdoa dan berdoa..segalanya ditangan ALLAH sahaja..semoga tahun ini lebih ramai pelajar cemerlang yang dapat saya lahirkan..

Thursday, November 6, 2014

Program Cuti Sekolah!

 Program ini dibuka kepada pelajar SBP,MRSM dan ASRAMA, memandangkan semasa cuti sahaja mereka boleh repair apa yang mereka tidak tahu.


Cuti sekolah hampir tiba. Disini saya kongsikan program yang kami aturkan untuk mengisi masa cuti murid! 

JOM REPAIR ADDMATH 

Majoriti murid lemah add math bukan kerana mereka tak STUDY, tapi mereka LEMAH sebab tidak tahu teknik. Sama macam mengaji, semua orang tahu mengaji, tapi tidak semua orang tahu mengaji dengan tajwid! JOM REPAIR ADDMATH adalah program yang paling ideal untuk anda, JOM REPAIR ADDMATH akan bantu untuk atasi masalah:
  • Tak tahu nak study macam mana addmath ni
  • Blank nak jawab soalan (walaupun rasa macam dah belajar dah)
  • Tak tahu nak guna formula yang mana satu 
  • Tak kenal jenis soalan
  • Fail..fail..dan fail lagi..asyik fail je..
  • Fobia dengan paper add math
  • CARELESS!!!!!!
       FAKTA YANG ANDA MESTI TAHU 
  • Maksimum pelajar bagi program ini adalah 15 orang sahaja
  • Pelajar akan didedahkan dengan teknik menjawab soalan kertas satu bagi bab tingkatan 4
  • Masa yang diperuntukkan bagi program ini adalah 24 jam. Iaitu 3 jam x 8 sesi 
  • Pelajar dinasihatkan mengikuti kelas ini untuk membantu pelajar bersedia dari awal, Biasanya pelajar dari SBP,MRSM, dan ASRAMA, mereka sudah tahu, tapi belum faham dan mahir.
  • Kami kongsikan teknik,untuk menjadi bekal kepada mereka bila balik sekolah nanti. Dah tahu teknik tinggal nak buat latihan!



JOM REPAIR FIZIK

Sebenarnya murid lemah fizik kerana mereka tidak kuasai basic fizik. Jadi kami bantu mereka dengan menguasai basic fizik semasa cuti sekolah ini! Masalah yang kami akan selesaikan adalah:
  • Fizik kena mengira!
  • Tak tahu macamana nak study fizik
  • Dah baca dah, tapi tak juga faham-faham
  • Banyaknya nak hafal



JOM REPAIR MATH (ALGEBRA) 

Pelajar yang lemah math majoritinya tidak mahir algebra. Program ini untuk pelajar yang lemah math dan sangat lemah addmath. Terbuka bagi pelajar tingkatan 3, tingkatan 4, tingkatan tahun 2015.  Bagi pelajar yang telah menduduki PT3 tahun ini dan bercita-cita untuk mengambil addmath semasa form 4, program ini amat membantu anda. Kerana ALGEBRA adalah hati bagi ADDMATH. Boleh dikatakan hampir 80% soalan ADDMATH melibatkan ALGEBRA! Kerana lemah ALGEBRA lah, ramai murid gagal, Mereka yang nak ambil addmath mesti hebat algebra.

UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH LANJUT SILA KLIK   program cuti sekolah



Thursday, October 30, 2014

ADDMATH dari 18/100 ke 75/100 ???

           Alhamdulillah, ini adalah antara pelajar yang berjaya membuat perubahan setelah tuisyen di terAedu. Markahnya semasa dia mula-mula jumpa saya adalah 18! kemudian semakin meningkat sehingga trialnya peroleh 75, A-. InsyaALLAH saya yakin pelajar ni boleh dapat A+ untuk SPM .Mungkin ada yang mempersoalkan A- je??? Ya addmath adalah berbeza dengan math cara pembelajaran juga berbeza, cara kami menilai kemajuan murid juga adalah berbeza. Kerana di luar sana golongan yang FAIL addmath adalah golongan MAJORITI! walaupun di sekolah berasrama penuh. Saya yakin tahun ini ada calon-calon yang akan peroleh A dalam ADDMATH.




   
          Keseluruhan pelajar saya membuat perubahan dalam addmath mereka, sebelum ini adalah fenomena biasa kalau tengok kertas jawapan mereka kosong, tapi sekarang sudah mula penuh. Sebelum ini kalau paper addmath je dah mengalah dah, tapi sekarang ADDMATH antara paper favourite mereka.

         Bagaimana saya menilai kejayaan murid saya, saya tidak akan terus lihat kepada markah keseluruhan, tapi saya akan lihat sejauh mana mereka kuasai bab yang saya ajar.Walaubagaimanapun saya bagi peluang untuk pembaca yang kenal anak murid saya, tanya mereka bab apa yang mereka boleh jawab dalam paper addmath? pasti mereka akan jawab, bab yang cikgu aini ajar je. Bukan saya ingin meninggi diri, tapi itulah yang berlaku. Dan inilah yang membuatkan saya rasa betul-betul bertanggungjawab kepada kejayaan mereka.

        Mengapa mereka betul-betul bergantung kepada saya? kerana teknik rahsia yang saya kongsikan kepada mereka membuatkan mereka rasa ADDMATH itu MUDAH. Saya ajarkan kepada mereka strategi menjawab, dan saya sentiasa beri mereka semangat untuk kuasai ADDMATH. Nak kuasai addmath mesti buat latihan banyak-banyak. Tapi kalau buat latihan banyak-banyak tanpa TEKNIK, sia-sia sahaja. Saya ada murid yang dah habiskan semua trial,pastyear,SBP, tapi tidak ada kesan pun, kerana buat latihan tanpa teknik(ada je murid yang taknak ikut cara saya).

       Mengapa perlu latihan dengan teknik, Macam Lee Chong Wei, beliau main badminton, beliau tahu pukul bola tangkis, saya pun tahu pukul bola tangkis! Tapi mengapa beliau boleh jadi juara dunia? Beliau ada teknik bermain dan beliau berlatih hari-hari setiap teknik yang beliau tahu.Kalau beliau berlatih pukul bola je hari-hari beliau tak akan jadi juara macam hari ini. Jadi pelajar perlukan teknik untuk kuasai addmath dan perlukan latihan untuk mahir setiap teknik-teknik yang diajar! Latihan boleh buat sendiri, teknik??? belajar dengan cikgu AINI la..

 
     


     

Wednesday, October 29, 2014

Kelas Matematik SPM yang Paling Berkesan di Seremban!

        Kelas matematik adalah dibawah kepakaran Cikgu Hafiz. Rekod keputusan pelajar pada tahun 2013, semua pelajar mendapat A dan hanya seorang mendapat A- (kerana berhenti selepas trial).Mengapa kami berani katakan bahawa kelas matematik terAedu adalah yang terbaik, ini kerana pelajar yang mendaftar dengan kami bukanlah pelajar sememangnya pandai matematik,

      Memang ada tuisyen lain yang menghasilkan pelajar A yang ramai, tapi harus diselidik, pelajarnya adakah sedia ada A semasa mendaftar dengan tuisyen itu. Sesetengah tuisyen yang ingin menjaga reputasi akan memilih pelajarnya. Contohnya pelajar B dan keatas sahaja di benarkan menyertai tuisyen, jadi memang mudah untuk mereka hasilkan pelajar A.

       Di terAedu, tiada apa-apa syarat untuk pelajar. Apa yang kami perlukan pelajar yang ada keinginan untuk belajar, tiada penyakit MALAS,patuh dan rajin datang tuisyen. Disini kami kongsikan pencapaian pelajar matematik SPM2014 setakat TRIAL SPM!



   Daripada gambar di atas pelajar yang gagal sudah boleh capai B+ semasa trial. Kami amat yakin SPM nanti mereka akan mencapai A dan A+! jika dilihat secara keseluruhan majoriti murid kami adalah dari golongan C dan kebawah. Ini membuktikan yang kami mempunyai kepakaran dalam mengajar MATEMATIK SPM!

APA LAGI! DAFTARLAH SEKARANG! PENDAFTARAN UNTUK SPM 2015 SUDAH DIBUKA!

Monday, October 27, 2014

KELAS ICU ???!!!

Kelas ICU (private)

      Macam bahaya je kan nama kelas ni, saya memulakan kerjaya sebagai tutor dengan mengajar secara private, dari rumah ke rumah. Sehingga ke hari ini sudah 4 tahun saya berpengalaman mengajar secara private.

     Tapi sekarang saya tidak lagi mengajar dari rumah ke rumah, ini bagi memaksimakan kesan pembelajaran,kerana rumah murid adalah comfort zone mereka, dimana mereka akan rasa lebih berkuasa, mereka boleh buat part time, sekejap pergi toilet, sekejap pergi dapur. Jika di rumah tutor, mereka akan menjadi lebih obey,dan terpaksa berkelakuan baik, kerana berada tidak di dalam comfort zone mereka.

     Apa itu kelas ICU? kelas ICU adalah nama glamor untuk kelas private one to one. Mengapa saya gelarkan kelas ini sebagai kelas icu, ini kerana pelajar akan mendapat perhatian yang rapi semasa proses pembelajaran. Boleh dikatakan kelas ini adalah kelas yang paling berkhasiat sekali bagi pelajar! dah macam susu dah..hehe..Pelajar boleh menggunakan peluang kelas ini untuk bertanya bermacam-macam soalan,walaupun tanya 10 kali soalan yang sama.

     Semasa kelas pertama, saya akan kenalpasti segala kekuatan dan kelemahan pelajar, dan saya akan tumpu kepada apa yang pelajar perlukan. Corak pembelajaran, bab yang diajar akan tertumpu kepada kekuatan murid dan mengikut kemampuan murid, saya tak akan ajar ikan untuk memanjat pokok! Oleh itu cara saya mengajar untuk setiap pelajar akan berbeza-beza.

     Mengapakah kelas ini diwujudkan? kelas ini diwujudkan untuk beberapa jenis pelajar.

1. PELAJAR ASRAMA

      Pelajar yang bersekolah asrama bergantung kepada kekuatan sendiri, kemungkinan akibat daripada kepenatan meguruskan diri sendiri, mereka kehilangan tumpuan di dalam kelas, seperti tertidur(saya dulu pun kuat tidur dalam kelas) jadi semasa cuti sekolah kelas ICU dibuka untuk memberi peluang kepada mereka untuk membuat ulangkaji, direct dengan cikgu. Jadi bila mereka pulang semula, mereka sudah ada bekalan dan boleh mengejar semula apa yang mereka tertinggal.


2. PELAJAR SANGAT LEMAH

    Pelajar yang lemah memang memerlukan kelas ICU, kerana pelajar ini jika menyertai kelas ramai, mereka akan berterusan ketinggalan, jadi di kelas ICU lah saya akan repair mereka, mereka ini ibarat kereta rosak yang sedang berlumba, saya akan repair mereka sehingga mereka sudah mampu bersaing dengan kereta-kereta lain dan saya akan lepaskan mereka untuk berlumba semula setelah mereka sudah mampu untuk berlumba.Namun jika mereka masih belum mampu bersaing saya akan sentiasa membimbing mereka sehingga  SPM

3. PELAJAR YANG INGIN UPGRADE

    Ada pelajar diluar sana yang dah habiskan semua buku depan mata mereka, tapi masih belum boleh skor. Mereka sebenarnya tidak ada skill menjawab soalan. Biasanya pelajar ini markah mereka lulus tapi tak dapat A, Jadi, semasa kelas ICU saya akan curahkan segala skill yang mereka perlu tahu,sama macam memasak,semua orang boleh memasak,tapi tidak semua boleh memasak dengan sedap,orang yang ada skill memasak akan hasilkan makanan yang sedap! Jadi skill lah yang akan membezakan mereka dengan pelajar lain. Biasanya kelas ini memang memberikan hasil yang memberangsangkan!

4. PELAJAR YANG NAK DUDUKI SPM LAGI SEBULAN/ LAST MINUTE PREPARATION

  Kelas ICU adalah pilihan yang terbaik untuk persediaan disaat-saat akhir bagi pelajar yang belum bersedia. Pelajar yang kami kenalpasti sebagai lemah, memang kami akan nasihatkan untuk mendaftar kelas ICU,kelas ICU ibarat mesin bantuan oksigen! setakat ini rekod kejayaan kelas ICU bagi pelajar fail adalah C+.Tapi perlukan 5 sesi ke atas.

5. FINAL TOUCH UP

  Final touch up bagi pelajar yang dah memang A untuk dapat A+.Pelajar macam ni dah berkilat dah, tapi saya akan gilap sampai jadi berkilau. Saya akan touch up mana yang kurang mahir, sehingga menjadi mahir.

6. ADVANCE

   Advance pula  untuk  pelajar yang sedang bercuti hujung tahun, kerana saya akan ajar mereka bab yang lebih advance, contohnya pelajar form 4, kami akan ajar bab form 5. Mengapa mereka perlu belajar lebih advance? kerana pelajar yang belajar advance akan lebih confidence semasa belajar kerana mereka sudah tahu. Sama seperti anak yang sudah tahu mengeja, mereka pasti cepat membaca!

Kelas ICU hanya dibuka ketika cuti sekolah, ataupun jika ada masa-masa kosong didalam jadual harian, Bagi yang berminat boleh hubungi kami! Kerana cuti sekolah semakin hampir!!!




 

 





   

Friday, October 24, 2014

Saya Bukan Cikgu Sekolah Saya TUTOR je...


     "Cikgu mengajar di mana?" itulah soalan pertama yang akan kami terima daripada ibu bapa. Dengan muka seposen, kami jawab "saya tak mengajar di sekolah, saya fulltime tutor, dulu kami engineer tapi kami lagi prefer mengajar".  Dengan harapan mereka mempercayai kebolehan kami.

   Mengapa saya digerakkan hati oleh Allah untuk memilih kerjaya tutor?? engineerkan lagi glamor..saya ditakdirkan untuk melengkapi sistem pembelajaran   sebenarnya. Apa sebenarnya peranan saya? 

         Di sekolah pelajar akan belajar mengikut silibus, namun pelajar tak biasa melihat bentuk soalan sehingga mereka dah dekat dengan SPM, bila mereka tidak biasa melihat soalan, maka berlakulah kejadian-kejadian tak diingini. Seperti termenung sambil menatap gambar najib di dinding dewan, tido, buat-buat jawab tapi tak tau jawab atau pun alasan klise, "saya bukan tak tau cikgu tapi saya blank." 

          Ada situasi yang anak murid dah habiskan dah semua buku latihan, tapi bila periksa, markah masih teruk, ini semua kerana pelajar tidak familiar dengan soalan. 

        Di sinilah tugas tutor, pertama sebagai tutor, kami mempunyai banyak masa untuk mengkaji bentuk soalan, memandangkan cikgu mempunyai tugas yang sangat berat sekarang, jadi kami mengambil tempat mereka untuk mengkaji soalan, kerana kami tidak perlu ke sekolah, tidak perlu menghadiri mesyuarat, kokurikulum, mengisi SAPS dan sebagainya.

         Kami hanya fokus kepada mengajar sahaja, kami tidak mempunyai apa-apa garis panduan, Kami bebas mengajar mengikut cara kami asalkan pelajar faham. Kami ada masa untuk mencari bahan-bahan menarik untuk pembelajaran, sehingga kami menemui pelbagai rahsia untuk membantu pelajar.

     Tutor mempunyai bonding dengan pelajar yang lebih kuat, memandangkan maksimum 16 pelajar dalam kelas, Kami boleh mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar. Kami boleh tahu personaliti mereka, dan boleh tahu kemampuan mereka. 

      Disebabkan kami mempunyai terlalu banyak masa berbanding guru sekolah, kami ada masa untuk menganalisis setiap keputusan pelajar dengan lebih mendalam, kami ada masa untuk kaji kertas peperiksaan mereka(biasanya kami minta selepas kertas mereka ditanda) untuk kenalpasti kelemahan mereka. Tak rasa ke kami macam personal trainer??? Oh ya, kami ada masa untuk layan soalan mereka selepas kelas juga! Bestnyeeeeee belajar di terAedu!

       Berlatarbelakangkan kejuruteraan, fizik,addmath dan math adalah makanan kami! setakat mengajar addmath, fizik, math SPM, kacang bona! Bak kata orang negeri sembilan. Macam kehidupan seharian, kalau nak belajar memasak belajar dari emak, nak belajar silat dengan guru silat, nak belajar melukis dengan pelukis, nak belajar addmath, fizik, math belajar dengan bekas engineer!

        Tutor mencari rezeki dengan mengajar. Kejayaan murid adalah penentu pendapatan kami,  kami tidak sama dengan guru sekolah ada gaji tetap setiap bulan, jadi adakah kami boleh sambil lewa untuk mengajar? Pastinya kami mesti memberikan servis yang terbaik. Ini lah jaminan untuk anda!

      Boleh dikatakan kami ibarat hospital swasta, sekolah ibarat hospital kerajaan. Kami tidak boleh menggantikan tempat guru-guru di sekolah, tapi kami berkongsi kepakaran kami untuk melengkapkan tugas yang mungkin mereka juga impikan jika mereka diberikan lebih masa. Apa yang penting matlamat kami sama, Melahirkan pelajar yang berjaya!


      

           "tidak ada cikgu yang tidak mahu melihat anak murid mereka berjaya"
     

Wednesday, October 22, 2014

CIKGU AINI


CIKGU AINI

              Assalamualaikum, nama saya Nurul Aini binti Ruhaiza, berasal dari Rantau, Negeri Sembilan. Sebelum saya berkecimpung dalam arena tutor ni, saya adalah seorang engineer di sebuah syarikat Jepun. Semasa saya sedang menunggu panggilan dari pada universiti, saya menjadi guru sandaran di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru,Port Dickson. Walaupun saya tidak mengajar subjek yang saya ajar sekarang, namun saya dapat pengalaman bersama murid-murid. 
          
            Semasa saya di universiti dulu, saya juga menjadi pengajar kepada kawan-kawan saya.Antara kenangan yang saya tidak boleh lupa, kawan saya datang kepada saya pagi sebelum peperiksaan, dan belajar dari saya, bila keluar keputusan, dia dapat A saya dapat B+! ohhhhh tidakkkk..nak tahu kenapa??? Saya membuat kesilapan dengan tidak menukar mode calculator kepada RAD! Ya careless adalah antara musuh saya semasa BELAJAR, Oleh sebab itulah. saya mencipta Teknologi Anti Careless untuk pelajar-pelajar di TerAedu. maka beruntunglah pelajar saya!

            Oh ya! saya adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan  Mekanikal di Universiti Tun Hussein Onn.  Bagi saya tugas saya sebagai tutor bukanlah setakat mengajar, tetapi menjadi inspirasi kepada pelajar. Saya ingin lahirkan seramai mungkin engineer, doktor, farmacist , usahawan dan pekerjaan berprofil tinggi yang lain. Itulah yang saya impikan, kerana jika saya menjadi jurutera, saya hanya menguntungkan syarikat saya, tapi jika saya menjadi tutor, saya boleh lahirkan ramai anak-anak bangsa saya yang berjaya.So lagi ramai yang untung! Semoga menjadi saham saya di akhirat..Aminn..

       Addmath adalah kepakaran saya dan saya juga adalah penganalisis soalan SPM, dan percubaan SPM. Itulah kelebihan yang anak murid saya dapat apabila belajar dengan saya. Saya juga mengajar fizik, walaupun saya masih belum pakar dalam fizik, saya mempunyai konsep pembelajaran yang lain dari lain iaitu Saya bukan mengajar fizik tapi saya ajar cara belajar fizik.Kerana mengikut pemerhatian saya, pelajar tidak suka fizik kerana fizik perlu menghafal, sedangkan fizik adalah pelajaran yang melibatkan kehidupan seharian. Fizik memang menyeronokkan! Dan saya nampak hasilnya. Pelajar saya sudah minat kepada Fizik! itulah permulaan bagi sebuah kejayaan. kalau kita tak minat, kita susah nak faham. Samalah kita kena paksa makan makanan yang kita tak minat, mesti kita susah nak habiskan.

       Tak sabar untuk berkenalan dengan bakal-bakal murid saya! Jumpa di terAedu!

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS SATU ADDMATH


           Biasanya setiap kali cuti persekolahan yang panjang, pasti kami akan adakan bengkel teknik         menjawab kertas soalan. Bengkel ini terbuka kepada pelajar terAedu , pelajar-pelajar Sekolah             Berasrama Penuh dan pelajar MRSM.

     Bagaimana kami mengekalkan kualiti bengkel ini??

  •  Bilangan pelajar maksimum 16 orang sahaja setiap sesi supaya dapat diberikan perhatian lebih kepada setiap pelajar
  • Bengkel dijalankan secara berturut-turut setiap hari agar murid mahir
  • Kami percaya apabila selalu jumpa dengan perkara yang sama, kita pasti akan ingat.
  • Komunikasi secara 2 hala.
  • Disinilah kami akan membuka rahsia menguasai ADDMATH           
 antara respond positif dari pelajar 






















Thursday, September 25, 2014

SUSAHNYA ADDMATH!!!


Addmath susah!!!

hmmm..ini lah yang anak-anak cakap bile dengar perkataan ADDMATH..kesian ADDMATH dah macam hantu dah..padahal die tak buat ape-ape pun dengan pelajar..Mengapa pelajar takut dengan addmath?


Mindset
Sebenarnya mereka dah dengar mitos addmath susah sejak dari PMR lagi.. abang -abang dan kakak-kakak dah pasak dalam kepala mereka. Ohh tidak..inilah yang dihadapi oleh adik beradik wright (pencipta kapal terbang) apabila semua orang set minda yang objek tak boleh terbang diudara. Kalaulah mereka set minda mereka dengan mitos itu..rasanya boleh tak kita nak pergi melancong sekarang

Lemah ALGEBRA
Ya..pelajar yang lemah dalam algebra, akan merasakan addmath itu susah. kerana algebra adalah basic dalam addmath. Bila algebra dah kusut maka addmath akan jadi serabut so
KUSUT + SERABUT =ADDMATH SUSAH

Cara belajar
Pelajar rasa terbeban bila tengok subtopik addmath terlalu banyak, dan terlalu banyak formula, tak tahu bila nak guna formula. sebenarnya ada kaedah yang membuatkan pelajar rasa addmath itu mudah, RAHSIANYA ada pada terAedu

Tidak kenal soalan
"CIKGU SAYA BLANK MASA JAWAB SOALAN"dah biasa dah dengar rungutan ni. Bila kita jumpa sesuatu yang kita xpernah jumpa, memang kita akan blank. Contoh kalau tiba-tiba orang suruh kita masak makanan Zimbabwe, mesti kita blank, sebab kita tak pernah jumpa dan tak pernah masak, begitulah juga pelajar, berbeza dengan pelajar terAedu, mereka siap tau lagi setiap soalan tu bab apa..TERBAIK!!

Kemampuan pelajar
Mengikut pengalaman saya, untuk menguasai addmath pelajar wajib melepasi syarat minima B dalam percubaan PMR. A atau B menggambarkan kekuatan algebra mereka. Memang tidak mustahil yang dapat C boleh berjaya, tetapi mereka perlu berusaha dengan sangat luarbiasa! Ada beberapa jenis manusia di cipta Allah, ada yang otak matematik, ada yang otak sastera, ada yang otak seni, tolong ya parent..jangan paksa anak kalau mereka tak mampu..hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan cikgu bila tengok anak murid terkial-kial menjawab. ohhh tidakkkk!!!


"addmath itu senang sahaja ia hanyalah gabungan add dan math. ADD itu ada tiga huruf MATH itu 4 huruf, sebenarnya yang add itu sedikit sahaja selebihnya math..math kan dah belajar dari darjah satu..." cikgu aini (pengasas terAedu)